CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suka Sangat Cakap Kesat, Ibu Saksi Anak Mati Depan Mata Ditikam Jiran Sakit Hati

25-4-2022 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1377| Komen: 2

Angkara sakit hati, seorang lelaki maut ditikam oleh jirannya menggunakan senjata tajam, di Simalungun, Sumatera Utara di Indonesia.

Mangsa, Jondriaman Simarmata, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian pada Jumaat lalu.

Polis Simalungun, AKBP Nicolas Dedy Arifianto berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden daripada ketua kampung.

Pada awalnya, ibu mangsa sedang tidur sebelum terjaga selepas terdengar pertengkaran.


Foto: Kompas

Wanita berkenaan menyaksikan anaknya berkelahi dengan suspek di halaman rumah, dan cuba meleraikannya tetapi gagal.


Ibu mangsa kemudian melihat anaknya terbaring berlumuran darah di depan pintu rumah.

Tambah Nicolas, motif pembunuhan kerana sakit hati berikutan mangsa didakwa sering melemparkan kata-kata kesat terhadap suspek.

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek berusia 44 tahun.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat cedera ditikam di bahagian dada. - CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 25-4-2022 04:11 PM
tengok tajuk da tahu indon
Quote darkness 25-4-2022 04:27 PM
Kerana mulut badan binasa

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.028617 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top