CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Populasi Belia ‘Berpendidikan Tetapi Menganggur’ Akan Bertambah - TMJ

25-4-2022 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4080| Komen: 47

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti tempatan dalam mengisi kekosongan kerja pada masa depan.


Titah baginda, masalah lambakan graduan tidak mendapat pekerjaan adalah disebabkan tahap kebolehpasaran yang rendah dan ketidakpadanan antara permintaan dan penawaran kemahiran.


Kredit foto: FB TMJ

Menurutnya, isu berkenaan bukan sahaja kesan daripada pandemik Covid-19, tetapi masalah sistemik yang telah wujud selama bertahun-tahun.

“Isu-isu ini perlu ditangani dengan segera dan sistematik untuk membantu graduan meningkatkan kebolehpasaran mereka di masa hadapan. Menteri Pengajian Tinggi telah beri jaminan kepada saya bahawa kementerian sedang meneliti isu-isu tersebut pada waktu ini.


“Pada masa ini bilangan pelajar universiti yang menamatkan pengajian melebihi bilangan peluang pekerjaan yang ada. Jika kita tidak menangani isu ini dengan segera, populasi belia yang ‘berpendidikan tetapi menganggur’ akan bertambah,” titah baginda hari ini.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima menghadap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar.

Tunku Ismail turut bertitah agar Johor sentiasa dipilih sebagai hab pendidikan tempatan dan antarabangsa di mana pelajar tempatan harus diberi lebih banyak peluang mendapatkan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berpatutan.

Dalam masa sama, baginda turut mencadangkan Persatuan Mahasiswa Anak Johor diwujudkan semula di semua universiti tempatan bertujuan menjadi platform kepada mahasiswa negeri ini menjalankan pelbagai aktiviti dan program sambil berkongsi idea dan pendapat.


Loading FB Post...

“Persatuan ini akan menjadi sebahagian daripada Gabungan Mahasiswa Anak Johor (GAJ) yang lebih besar di mana pelbagai aktiviti dianjurkan seperti kejohanan bola sepak antara universiti,” titah baginda. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 25-4-2022 03:45 PM
1. Sebab lebih pentingkan teori dari amali...
2. Kursus mengarut yg tak boleh buat duit....
3. Graduan kurang keyakinan terutama dari b40. Mcm mana nak represent syarikat kalau takut nak bercakap.
4. Jawatan exec di monopoli oleh kaum tertentu. Jadi graduan melayu mengharapkan kerja gomen.
5. Byak mindset nak mula dari bawah sampai 2 ke 3 tahun pon masih stuck kat bawah....
6. Selesa jadi rider foodpanda atau grab sebab tak nampak muka bos depan mata.

Quote ifanonline 25-4-2022 03:47 PM
anak raja sedap la sembang...
Quote pekanwoohoo 25-4-2022 03:59 PM
Buatlah macam Jerman. Bidang Vokasional sangat dititik beratkan dan tiada persepsi negatif bidang vokasional ni untuk pelajar bodoh je. Dah kalau minat ke arah itu, bimbing lah pelajar ke arah itu. Kita tak perlukan langsung tenaga kerja asing kalau rakyat boleh ada pride rasa bangga bekerja dalam apa bidang sekalipun. Jadi kerajaan pun mainkanlah peranan, paksa majikan bayar gaji sewajarnya untuk anak muda. Ni jalan mudah semua nak pakai warga asing. Bangang.
Quote dua_chzy 25-4-2022 04:00 PM
Sebab tu kena galakkan tua kerepot yang dok atas sana pencen awal dek!
Quote hyie 25-4-2022 04:02 PM
sebab kompeni swasta biasanya bagi gaji permulaan rm1200, tak kisah ngko fresh grad atau dah ada pengalaman kerja. Agittew. Ko rasa?
Quote pekanwoohoo 25-4-2022 04:05 PM
hyie replied at 25-4-2022 04:02 PM
sebab kompeni swasta biasanya bagi gaji permulaan rm1200, tak kisah ngko fresh grad atau dah ada pen ...

Sebab tu kerajaan kena ada political will untuk ubah apa-apa Akta yang dah obsolete tu. Macam hal gaji minimum RM1500 baru-baru ni, boleh je naikkan. Nak atau taknak je sebenarntya.
Quote Orix 25-4-2022 04:06 PM
cuba wajibkan sapa nk jd menteri kena ada at least ijazah ke master.... wajibkan spe nk jd anak raja kena ada ijazah pun boleyyyyyyyyy ehhhhhhhhh
Quote ninja boy 25-4-2022 04:08 PM
Vokasional kunun,  hujung2 bangla indon yg buat electric pipe
Quote golden_rose 25-4-2022 04:09 PM
Orix replied at 25-4-2022 04:06 PM
cuba wajibkan sapa nk jd menteri kena ada at least ijazah ke master.... wajibkan spe nk jd anak raja ...

ayat kedua tu bikin ku ketawa
Quote hyie 25-4-2022 04:15 PM
Orix replied at 25-4-2022 04:06 PM
cuba wajibkan sapa nk jd menteri kena ada at least ijazah ke master.... wajibkan spe nk jd anak raja ...

kan noks. Ni jadi menteri pun ada yang level spm jurrr sedey
Quote capiloton 25-4-2022 04:15 PM
Edited by capiloton at 25-4-2022 04:19 PM

wpun aku tak minat TMJ,
tapi respek la jugak ada anak raja masih concern hal rakyat.

padahal dia boleh jer buat tak tahu, dok aman dalam istana.
pegi mampos dengan rakyat,
tak puas hati boleh meroyan sendiri pada ahli politaik,
dah rakyat sendiri yang undi monyet2 ni semua

Quote Kak-Rohana 25-4-2022 04:20 PM
Agreed jugak.. Kursus2 merepek yg diaorg ambik/ditawarkan tu takde demand. Budak2 sekarang pon satu gak further study memilih..ikut minat kepala diaorang aje. Zaman sekarang bukan kira minat ko, ikut minat pasaran dan kompani. Result pun general degree lagi sembang kari. Wawasan hidup nk kerja ofis, beli kereta dan kawin. Spender pun mak bapak sponsor lagi mau ikut minat.. nyampah!
Quote ifanonline 25-4-2022 04:23 PM
konsep dan pemahaman graduan ni dah perlu di ubah...ada ijazah tak semestinya dpt kerja, biar pun deans list tiap2 minggu pun...graduan perlu ada sikap entrepreneurship...bukan sikap habis belajar kerja dgn org atau syarikat....graduan2 accounting, lawyer, doktor, architecture, etc, buka lah firma sendiri...

graduan2 seni dan komunkasi, cari lah makan melalui tiktok, FB, buat drama atau filem secara freelance, etc...zaman bekerja tetap sudah berlalu...kerajaan pun nak kurangkan pengambilan staf...zamana kerajaan menolong bumiputra sudah tiada...
Quote Orix 25-4-2022 04:38 PM
capiloton replied at 25-4-2022 04:15 PM
wpun aku tak minat TMJ,
tapi respek la jugak ada anak raja masih concern hal rakyat.

ada udang di sebalik mee kekdahnya.....
Quote stingeramdhan 25-4-2022 05:01 PM
dua_chzy replied at 25-4-2022 04:00 PM
Sebab tu kena galakkan tua kerepot yang dok atas sana pencen awal dek!

Bila kerajaan fails to create sufficient and quality jobs for its people...galakkheun yg belum usia pencen utk bersara awal...

Inila akal guru cikai yg kita ada hari ini....

Quote ninja9 25-4-2022 05:09 PM
pekanwoohoo replied at 25-4-2022 03:59 PM
Buatlah macam Jerman. Bidang Vokasional sangat dititik beratkan dan tiada persepsi negatif bidang vo ...

aku setuju. infact sebenarnya kalau ada masalah peluang kerja ini cara yang paling mudah untuk selesaikan ...

masalah ramai graduan tak ada kerja sebab kebolehpasaran is so yesterday..... melihat isu ini dengan cara itu adalah keliru. .. sebab apa, sebab kita sendiri yang create masalah ramai graduan tapi pada masa yang sama kita dah tahu peluang kerja mereka terhad.. tetapi kita masih terpaksa create graduan spt itu kerana dimalaysia hasilkan graduan ertinya bisnes . .. iaitu siapa yang bayar universiti kolej semua kalau tak ada student? .. memang tersepit betullah, tak tahu siapa yang create cam ni dulu..

... mungkin jalan tengah ialah convert banyak universiti awam itu kepada sekolah vokasional.... biar pelajar pandai sahaja yang ke universiti dan orang yang betul2 kaya yang mampu bayar semua kos diberi peluang... yang so so silakan masuk ke sekolah vokasional dan belajar kemahiran.. disini masa depan mereka lebih terjamin dari jadi graduan tetapi senarionya spt berpuluh ribu graduan bersaing untuk mendapat puluhan kekosongan kerja!


Quote ultra78 26-4-2022 12:33 AM
Orix replied at 25-4-2022 04:06 PM
cuba wajibkan sapa nk jd menteri kena ada at least ijazah ke master.... wajibkan spe nk jd anak raja ...

Universiti patut lahirkan anak raja,bukan graduan.
Quote green~tea 26-4-2022 12:44 AM
pekanwoohoo replied at 25-4-2022 03:59 PM
Buatlah macam Jerman. Bidang Vokasional sangat dititik beratkan dan tiada persepsi negatif bidang vo ...

Benar sekali... negara kita patut titik beratkan penghasilan tenaga kerja mahir skilled worker or blue collars ni... and of course, they should be paid well in order to retain staff yg berkemahiran ni
Quote anony-mous 26-4-2022 01:00 AM
kotakominami replied at 25-4-2022 03:45 PM
1. Sebab lebih pentingkan teori dari amali...
2. Kursus mengarut yg tak boleh buat duit....
3. Gradu ...

Nk tambah, melayu lebih suka jd founder2 & bisnes short term, MLM , agent2 compare dgn bukak bisnes & hire full time worker

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.042167 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top