Pelakon dan pengacara cantik Uyaina Arshad menyifatkan segala ujian diterimanya sebelum ini sebagai satu rezeki dari Allah buatnya.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, berkata, walaupun berat untuk ditanggungnya, tetapi harus berlapang dada menerima ketentuan tersebut. “Alhamdulillah sekarang kesihatan saya makin pulih. Tapi sejujurnya, kalau ikutkan memang masih ada rasa sakit sampai sekarang. “Nak terlalu bebas bergerak pun tak boleh sangat. Sebab sekarang masih dalam pemantauan doktor.
“Tapi alhamdulillah bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Kena tebuk tiga lubang pada perut tu bukan satu benda yang normal dan biasa-biasa sakitnya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South kelmarin. Tambah pengacara MeleTOP itu, buat masa ini, dia masih dalam proses rawatan untuk beberapa minggu akan datang dan terpaksa memadam hasrat untuk berpuasa penuh tahun ini. “Buat masa sekarang memang saya masih dalam proses rawatan dan ambil ubat-ubatan seperti yang doktor sarankan. “Cuma sedikit sedih apabila puasa tahun ini tak dapat nak berpuasa penuh disebabkan masalah kesihatan yang dialami. “Masa minggu pertama, alhamdulillah dapat berpuasa penuh, tetapi lepas saja kena apendiks masa hari ke lapan, terus tak dapat puasa sepenuhnya sampai ke hari ini,” ujarnya. Terdahulu pada 11 April lalu, pelakon drama Love Elsa itu menjalani pembedahan membuang apendiks selepas mengalami kesakitan teruk pada bahagian bawah perut sebelah kanan. Selang beberapa hari selepas menjalani pembedahan apendiks, Uyaina yang sedang hamil tiga bulan sekali lagi diuji apabila doktor memaklumkan dia mengalami keradangan pada dinding rahim. Terdahulu, sehari sebelum umat Islam berpuasa, Uyaina berkongsi berita gembira dan mengesahkan dirinya hamil anak sulung. Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran yang juga merupakan penyanyi bernikah di Colony Star Boulevard di ibu negara pada 20 Disember lalu. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
AshkieLa replied at 25-4-2022 02:38 PM
selama ni ko puasa penuh ke dek?
period tak normal kalau gitu gak...
AshkieLa replied at 25-4-2022 06:38 AM
selama ni ko puasa penuh ke dek?
period tak normal kalau gitu gak...
TabletSusu replied at 6-5-2022 08:15 PM
sekarang mmg pun gitu klu buang apendiks.. tebuk 3 lubang. tp xde lah berlubang perut tu. mak aku ke ...
stingersting replied at 6-5-2022 09:43 PM
Kaum hawa sejak sampai usia cycle peks berdarah bermula, pernah keww dapat posa penuh?
watymuchaz replied at 6-5-2022 01:34 PM
I operate appendiks x kena tebuk lubang kena belah jgk tp x pnjg mana pon sbb dah dua kali cser. T ...
rayna_raynes replied at 7-5-2022 12:57 AM
Boleh je. Ada yg cycle panjang 40-60 hari, ada yg larat berpuasa masa mengandung
Fly_over replied at 7-5-2022 09:51 AM
tak kenal lgsg laki dia. wajahnya pn x de rupa stok2 retis..
ADVERTISEMENT