CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelepok Raya Mengangkat Budaya LGBT - Yadim

25-4-2022 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4578| Komen: 52

Yayasan Dakwah Malaysia (YADIM) kesal atas penyebaran sebuah video muzik sempena Aidilfitri nyanyian seorang usahawan kosmetik terkenal baru-baru ini.


Yang Di Pertuanya, Nasrudin Hassan berkata, video itu secara jelas mempromosi budaya golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurutnya, ia bukan sahaja menganggu sensitiviti rakyat di negara ini malah mencemarkan kesucian bulan Ramadan yang memasuki fasa 10 malam terakhir.



"Tumpuan umat Islam sepatutnya diberikan untuk memburu LailatulQadar dan dalam tempoh ini seakan cuba diganggu dengan penyebaran video muzik sampah seperti ini.


"Usahawan yang terkenal dalam mengeluarkan kandungan medianya yang menyinggung sensitiviti rakyat sebelum ini dilihat melampaui batas norma murni masyarakat di Malaysia.

"Video ini mengangkat budaya LGBT yang bukan sahaja dipandang jijik oleh ajaran Islam, bahkan menyongsang arus budaya sebenar masyarakat pelbagai agama dan bangsa di negara ini," katanya melalui kenyataan hari ini.

Oleh itu, pihaknya menyeru pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran video muzik itu.

Nasrudin berkata, video sedemikian tidak wajar dihidangkan sebagai halwa hiburan terutama kepada anak-anak dan golongan muda.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 25-4-2022 08:38 AM
Kan.. Lagu Raya dulu-dulu ada penghayatan berbanding lagu raya zaman sekarang..
Quote EJALTI 25-4-2022 08:57 AM
Jakim mahu video muzik raya usahawan dikeluarkan dari media sosial

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -dari-media-sosial/

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
25 April 2022, 8:45 am


Idris Ahmad.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan merujuk isu video muzik hari raya kontroversi yang menampilkan usahawan terkenal kepada pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau sudah mengarahkan Jakim untuk meneliti perkara itu sebelum di bawa kepada pihak berkenaan.

Pada masa sama, katanya, beliau juga mahu video klip itu dikeluarkan daripada disiarkan dimana-mana platform media sosial.

“Nasihat saya agar klip video seumpama ini di keluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media, atau ianya boleh di‘private’kan hanya untuk tatapan peribadi sahaja.

“Sebagai tindakan awal, klip video ini telah saya rujuk kepada Jakim untuk dibawa ke pihak berkuasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, jika ada peluang, beliau mahu berjumpa sendirindengan usahawan berkenaan sebagai tanda ingatan dan ukhwah sesama Islam.

Idris berkata, beliau terpanggil untuk mengulas isu ini kerana khuatir ia akan menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar mengejar 10 malam terakhir Ramadan. – KOSMO! ONLINE.
Quote Dwdrum 25-4-2022 09:00 AM
Gigih tengok di youtube video depa... Min 2 - 2.14... Rasa nya tidak perlu ada scene begitu...lagu raya kot
Quote kucingitam 25-4-2022 09:09 AM
Dwdrum replied at 25-4-2022 09:00 AM
Gigih tengok di youtube video depa... Min 2 - 2.14... Rasa nya tidak perlu ada scene begitu...lagu r ...

cer citer apa ada di minit tersebut..aku nak tau tapi takmo menyumbang pada view..hahaha
Quote kucingitam 25-4-2022 09:10 AM
finally ada juga dr pihak berkuasa yang bersuara..eh please lah, video2 merosakkan akhlak gini patut direportkan je.
Quote sukacactus 25-4-2022 09:11 AM
Yes yes yes yes yes!
Aku xtgk video (xnak menambahkan views youtube) pemerhatian hya berdasarkan still pic, mmg xpatut
Quote Pompuan-Itu 25-4-2022 09:14 AM
Hangat2 taik ayam... Isu Zul Arrifin dukung2 adegan lucah apa cerita? Kes masuk bakul dah ke?
Quote Dwdrum 25-4-2022 09:19 AM
Edited by Dwdrum at 24-4-2022 05:21 PM
kucingitam replied at 24-4-2022 05:09 PM
cer citer apa ada di minit tersebut..aku nak tau tapi takmo menyumbang pada view..hahaha


Depa gelitis seperti snake sedang mating.. Still pix tidak obvious sangat Screenshot_20220425_091528_com.google.android.youtube.jpg
Quote renko 25-4-2022 09:23 AM
kelakuan paling monyet
Quote kucingitam 25-4-2022 09:29 AM
Dwdrum replied at 25-4-2022 09:19 AM
Depa gelitis seperti snake sedang mating.. Still pix tidak obvious sangat

tq...tapi ewww sgt...tgk still photo pun mcm..nak buat mcm hael punya video raya tu kot..tapi xde la eww tgk hael punya video tu walau ada baring2..
Quote ifanonline 25-4-2022 09:31 AM
budaya LGBT semakin menular...dlm cari.com forum ni pun ramai gay...especially among moderators
Quote jejaka_hensem 25-4-2022 09:44 AM
Pompuan-Itu replied at 25-4-2022 09:14 AM
Hangat2 taik ayam... Isu Zul Arrifin dukung2 adegan lucah apa cerita? Kes masuk bakul dah ke?

Kes pendakwah pemurah hati pun xsetel lg sis
maybe lg 3 thn baru naik balik kes zul tu.
harap bersabar
Quote EJALTI 25-4-2022 12:37 PM
Klip video 'Datuk' dengan penari bergelek dirujuk kepada Jakim - Menteri

https://www.malaysiakini.com/news/619169

Diterbitkan:  Apr 25, 2022 11:57 AM⋅
Dikemaskini: 11:57 AM



Klip video lagu raya seorang ahli perniagaan yang menjadi perdebatan dan perbincangan panas rakyat Malaysia telah dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dibawa kepada pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata klip video itu yang diringi watak penari jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam kurang sesuai untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam pada bulan Syawal setelah menempuh ujian dan tarbiah dalam bulan Ramadan.

"Saya terpanggil untuk mengulas isu ini kerana ketika semua umat Islam teruja untuk mengejar 10 malam terakhir Ramadan mencari sebanyaknya pahala, seolah-olah isu ini saya khuatir menenggelamkan keghairahan umat Islam dalam mengejar rahmat takwa ini.

"Semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam khususnya perlu menjaga sensitiviti kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan menjaga batasan terhadap hiburan yang mahu ditonjolkan, apatah lagi negara kita baru nak pulih daripada ingatan Allah terhadap Covid-19," kata Idris menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau.

Klip video ahli perniagaan bergelar 'Datuk' itu menunjukkan aksi beberapa penari lelaki bergelek dengan ada antaranya memakai singlet tetapi bersongkok.

Idris dalam pada itu menasihatkan agar klip video seumpamanya dikeluarkan daripada siaran di mana-mana platform media atau ditetapkan pada mod privasi untuk tatapan peribadi pemilik sahaja.

"Saya yakin ia mampu memberi jiwa besar dan hati lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama yang tidak rugi pun jika kita menurutinya, malah insya-Allah akan melapangkan lagi rezeki kita," katanya.

Berharap dapat bertemu dengan pemilik video itu, Idris turut menyeru masyarakat agar sentiasa berhati-hati dan cakna terhadap perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama yang semakin baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhuwah sesama Islam, dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dalam pertemuan ini. Insya-Allah," katanya.

- Bernama
Quote Decaffeinated 25-4-2022 06:03 PM
Kecoh lebih la korang ni. Nah nilaikan!

[youtube]sUB5EFLapTA[/youtube]

Quote FOTHER-MUCKER 25-4-2022 07:05 PM


Lobai cukup takut dengan kelembutan manusia.

Saya percaya mereka yang takut dengan kelembutan manusia ni adalah golongan lgbt dalam lemari!
Quote buapakperut 25-4-2022 09:34 PM
Adakah scene baring2 itu sinonim dengan suasana hari raya. Baru 2 tahun tak balik raya dah lupa beraya macam mana
Quote sharlenetexas 25-4-2022 09:39 PM
Video raya. Ada yg menggelitis mcm ulat pacat. Ada yg terkinja2 mcm gorila obese.

Quote kakikuDibibirmu 25-4-2022 11:37 PM
Kelempuk raya tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 25-4-2022 11:38 PM
Lepuk yem, lemang yem tersenyum sinis

[fbvlink]https://fb.watch/cuvJ_v70-r/[/fbvlink]

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075919 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top