Cemas melihat wang simpanan menunjukkan angka kosong ketika menyemak akaun, pelanggan Maybank tampil memenuhi ruangan komentar di Facebook institusi perbankan berkenaan.
Rata-rata mereka menyatakan terkejut selepas semakan dilakukan melalui aplikasi dalam talian bank itu pada pagi Isnin. "Saya rasa panik dan risau. Hampir pengsan sebentar tadi bila semak baki akaun tinggal RM0.00," kata Catherine Alek di Facebook. "Ya ALLAH, boleh sakit jantung tiba-tiba buka akaun RM0.00 tau," kata Saidatul Indaha.
Maybank membuat permohonan maaf di Facebook. Sementara itu, Maybank memaklumkan semua aplikasi perbankan dalam taliannya sedang mengalami pengaksesan yang perlahan ketika ini. Maybank di Facebook memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pelanggan dan pihaknya sedang menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. "Kesabaran dan kerjasama anda amat dihargai," katanya pada Isnin. -CARI Sumber: mStar Online
|
seri_mawr replied at 25-4-2022 01:33 PM
akaun loan kereta ke...loan rumah ke...x nak pulak tetiba jadi kosong...
hahaha...
akumakanhati replied at 25-4-2022 01:41 PM
Hahahaaa kannnn bahagianyaaaa
ADVERTISEMENT