CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rilis Merosakkan Bahasa Melayu

25-4-2022 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1255| Komen: 7

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan penggunaan perkataan ‘rilis’ dalam iklan yang didakwa merosakkan bahasa Melayu.


Menurutnya, penggunaan perkataan itu dalam iklan berkenaan dilihat merosakkan khazanah bahasa Melayu.

Tambahnya, iklan tersebut dipaparkan di papan iklan bergerak di Bangunan Lembaga Getah Malaysia, Kuala Lumpur yang merupakan laluan umum paling sibuk di Malaysia.


Tangkap layar video yang dimuat naik Wan Ahmad Fayhsal di Facebook pada Ahad

“Saya terkejut tadi di papan iklan bergerak atau papan iklan 3D di bangunan Lembaga Getah Malaysia berkenaan iklan HALO.


“Dia punya sari kata tertulis ‘Rilis pada hari yang sama dengan Amerika Syarikat (AS)', 'rilis' ini bahasa apa, rosak bahasa Melayu.

“Macam mana iklan yang dipaparkan di khalayak umum antara laluan yang paling sibuk di Malaysia depan KLCC digunakan adalah bahasa Melayu yang salah. Yang merosakkan khazanah kita,” katanya menerusi perkongsian video di Facebooknya pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, akta bahasa perlu diperkenalkan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dapat menegur dan mengambil tindakan kepada perosak bahasa.

“Sejak bila DBP ada dan meluluskan istilah ini. Kenapa tidak gunakan perkataan ‘ditayangkan’ sahaja.

“Memanglah panjang tetapi itulah bahasa kita, Rilis ini tidak ada sebarang akar bahasa tidak ada sebarang punca dalam kamus.

“Jadi ini masalah kita, harap akta bahasa diperkenalkan untuk ada sedikit kuku dan taring buat DBP tegur dan ambil tindakan kepada perosak bahasa,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 25-4-2022 01:29 PM
soalan
sapa approved iklan itu kah?
PBT?
Quote renko 25-4-2022 01:31 PM
mesti budak2 wechat
Quote zarulnazmi 25-4-2022 01:34 PM
DITAYANGKAN ❎
RELEASE ❎
RILIS ✅
Quote Skuau 25-4-2022 02:04 PM
tgk sapa yg buat..ada bau2 indon x? Sb perkataan ni indon yg guna pakai.
Quote damsel_fiji 25-4-2022 02:07 PM
Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)  UiTM tersenyum sinis
Quote eragon 25-4-2022 02:11 PM
tayangan hari yang sama.
Quote mziskandar 25-4-2022 02:13 PM
Dilancarkan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.214157 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top