CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufian Suhaimi Putus Cinta Lagi, Puncanya Sebab Keluarga

25-4-2022 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5950| Komen: 29

“Jika tentang cinta, mungkin saya memang orang yang kurang bernasib baik.”

Itu frasa yang terbit daripada bibir Sufian Suhaimi tatkala memulakan bicara tentang hubungan cintanya yang beberapa kali terkandas di tengah jalan.


Foto: IG

Sepintas lalu, nada suara penyanyi yang terkenal menerusi lagu Di Matamu itu kedengaran seperti reda dengan ketentuan hidupnya.

Merenung jauh ke dalam lubuk hati, hanya empunya badan yang faham apa yang dilalui.

Namun, siapa tahu, penyanyi berusia 30 tahun itu sebenarnya sekali lagi melalui fasa putus cinta bersama seorang wanita. Luka hatinya masih baru, cintanya terlerai sekitar Disember lalu.




“Sebenarnya saya baru sahaja putus cinta dua minggu sebelum mengerjakan umrah pada Disember lalu.

“Hubungan tersebut sudah terjalin sejak tahun 2019 tetapi saya tidak pernah berkongsi kepada umum,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Akuinya, luka cinta tidak kesampaian masih dalam tempoh penyembuhan. Tidak mudah bagi Sufian untuk melupakan segala kenangan bersama wanita yang pernah mendiami hatinya selama tiga tahun.



Tidak berselindung, anak kelahiran Johor itu mendedahkan antara hubungan cintanya terlerai ialah disebabkan keluarga.

“Kami putus kerana isu keluarga, rasa sakit itu masih tersisa kerana sudah lama bersama tetapi akhirnya terlerai jua.

“Sekarang saya masih dalam tempoh penyembuhan jiwa atau move on dan luka juga masih basah.



“Bukan mudah nak lupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati tetapi apakan daya, perlu reda dengan takdir yang sudah ditentukan Tuhan.

“Mungkin rezeki untuk hubungan cinta yang kekal hingga ke syurga masih belum berpihak kepada saya,” tuturnya tenang.

Ditanya sama ada pernah berasa tertekan hidup sebagai lelaki bujang, terutama ketika ramai rakan seperjuangan sudah berumah tangga, jawapan Sufian ringkas, tidak!



“Tidaklah mahu melabel diri sebagai malang sebab belum berkahwin tetapi ada juga rasa tempias apabila kawan-kawan lain sudah bergelar suami.

“Namun, perkara tersebut tidaklah meletakkan diri saya dalam keadaan tertekan. Iyalah siapa yang tak mahu kahwin,” ujarnya lagi.

Tiada sebarang kriteria mahupun cerewet dalam mencari wanita idaman, Sufian mengakui terbuka untuk mengenali mana-mana wanita yang hadir selepas ini.



“Saya tidak pernah meletakkan sebarang ciri-ciri khas tentang calon isteri tetapi sebaik-baiknya biarlah elok budi pekerti.

“Buat masa ini, saya hanya ingin fokus dengan karier sebagai penyanyi dan mengembangkan lagi bisnes.

“Kalau boleh, tak mahu terlalu mengejar cinta atau terdesak mencari pasangan hidup. Biarlah semuanya hadir dengan sendiri,” kata pelakon drama Kampung Kolestrol itu jujur. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeetot 25-4-2022 02:44 PM
Sebab ada anak angkat kott
Quote kaoru44 25-4-2022 02:44 PM
Bukan jodoh la tu..cuba lagi lain kali..katanya tak mau tdesak cari pasangan tapi asyik cter psl kawen je..ke memang wartawan kalau iv dia tnya psl kawen je?
Quote anony-mous 25-4-2022 02:57 PM
Kesian dgn heols. Risau heols berubah bila dah byk kali kena reject.
Quote Kancilkering 25-4-2022 03:13 PM
kesian pian…suruh emak carikkan le
Quote AbukRokok 25-4-2022 03:17 PM
mesti mak kau xsuka kan
takut nti dah kawin menantu xnak jaga mertua

apa anak sdri malas nak jaga ke?
Quote sukacactus 25-4-2022 03:20 PM
Bab jodoh ni mmg payah la skit, bkn di tangan kita pun
Doa je la yg mampu
Quote auntyonion 25-4-2022 03:22 PM
Bercinta bila dah ready nak kawen jela dik pian
Quote nakkomenjugak 25-4-2022 04:55 PM
Halah2
Sebagai orang yang sebaya dengan kau pian
perempuan pulak tu
Benda kalau di luar kemampuan, ko chill2 jelaaa
kau bukan marhaen, retis kotttt
ramai nak ngendeng punya
Chill jelaaaa
laki umo 50 pun mampu lagi buat perempuan preggy
tengok atok jamal
takde hal laaaaa piannnn
dok cite hal kawen jelaaa ko ni

Quote AshkieLa 25-4-2022 05:12 PM
anony-mous replied at 25-4-2022 02:57 PM
Kesian dgn heols. Risau heols berubah bila dah byk kali kena reject.

mcm diba azwana aliana...
Quote imanjannah 25-4-2022 07:13 PM
belum jodoh dak pian, klu mmg jodoh kita insyaAllah Allah mudahkan
Quote JalaEmas 25-4-2022 07:16 PM
Belum jodoh khen.. Nk buat camne.. Adik iolls pon 30+ lum berjodoh.. Bertunang kejap je. Putuih.. Smpai la lum smpai jodoh.. Ade hikmah tu..
Quote cikgojesss 25-4-2022 07:38 PM
mohon hacik pian keluar lemari dan bergayahan jah.. mesti kekal..
Quote harisbee 25-4-2022 07:44 PM
cikgojesss replied at 25-4-2022 07:38 PM
mohon hacik pian keluar lemari dan bergayahan jah.. mesti kekal..

Lesbo ke pian?
Quote nolya 25-4-2022 11:15 PM
Bersabarlah Pian dn yakinkan taqdir kpd Allah swt. DIA yg mencaturkan hidup ummatnya, mengatasi segala dya usaha yg dilakukan manusia.  Terluka kerana kecewa, itu fitrah manusia ttpi pasrah kpd taqdirnya akan menyembuhkan. Kalau bukan rezeki dn jodoh, adalah hikmahnya. Berdoalah kerana esok belum kiamat.
Quote nolya 25-4-2022 11:15 PM
Bersabarlah Pian dn yakinkan taqdir kpd Allah swt. DIA yg mencaturkan hidup ummatnya, mengatasi segala dya usaha yg dilakukan manusia.  Terluka kerana kecewa, itu fitrah manusia ttpi pasrah kpd taqdirnya akan menyembuhkan. Kalau bukan rezeki dn jodoh, adalah hikmahnya. Berdoalah kerana esok belum kiamat.
Quote adelea 25-4-2022 11:21 PM
Kali ni putus ngan hawa ker ?
Hari tu famili deme kenen ...

Susah la klu kelaku agak adik² sikit nih ..
Quote Normabaru 26-4-2022 11:44 AM
Dia ni katik pastu muka pesen gitu tp taste nk tinggi..mmg laaa xlepas..cer kurangkan expectations tu..cari yang jujur ikhlas..lagu ko pun bkn sedap mana n ko pun bkn kaya mana
Quote Pak.dolla 26-4-2022 11:48 AM
Pergilah mandi air bunga hehe
Quote winky1 4-5-2022 12:15 PM
adelea replied at 25-4-2022 11:21 PM
Kali ni putus ngan hawa ker ?
Hari tu famili deme kenen ...


Hawa mana?

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053348 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top