CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Beradik Dinamakan ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’, ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’

25-4-2022 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1333| Komen: 8

Pasangan adik beradik di Brebes, Jawa Tengah menjadi perhatian pelbagai pihak, termasuk media tempatan susulan mempunyai nama yang cukup unik.


Nama mereka tidak seperti kebanyakan orang lain, bahkan kedengaran seperti kalimah.

Nama pasangan adik-beradik itu adalah Lalu Dunia Pun Tersenyum, 12, dan adiknya, Dan Semuanya Menjadi Indah, 6 tahun.


Warta Oriental

Kedua adik-beradik itu tinggal bersama ibu bapa mereka di Desa Dukuhturi, Brebes.

Bapa kepada adik-beradik itu, Fajar Setiawan, 38, mengakui nama anak-anaknya sudah tular dalam media sosial dan mereka mula menjadi perhatian pelbagai pihak.


Fajar memberitahu, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut.

“Saya sedar bahawa satu hari nanti, nama anak-anak saya akan tular dan menjadi perbincangan masyarakat.

“Saya memang pilih nama itu sebagai doa yang baik-baik untuk anak-anak saya.

“Kalimah itu bermaksud yang baik, jika kita menyebutnya selalu, maka ia menjadi doa,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.

Fajar menceritakan, ibu bapanya pernah membantah untuk dia menamakan anak-anaknya menggunakan kalimah.

Jelasnya, ibu bapanya meminta dia menggunakan bahasa Arab, namun menolak cadangan itu, malahan memilih bahasa Indonesia.

“Saya yakin, tidak apa bahasa sekali pun, jika maksudnya baik, maka baiklah jadinya. Allah juga Maha Mengetahui,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 25-4-2022 01:34 PM
Ndon dan bodo .....sambung..
Quote Skuau 25-4-2022 02:06 PM
jgn kawatir..yg pasti...kalian tetap di panggil 'indon'...jugok.
Quote buapakperut 25-4-2022 08:16 PM
Mbak bodoh amat
Quote tumpanglalu74 25-4-2022 08:58 PM
Lalu Friska Pun Tersenyum..

Kot2 dia kakak sulong.  Mana le nak tau.
Quote zacEfron 25-4-2022 09:12 PM
sudah jadi forum indon jongos rupanya
Quote annadonna 25-4-2022 10:42 PM
Selfish parent nak attention. Ko tak pikir masa depan anak ko nak bawa diri dgn nama mengarut mcm tu.
Quote cmf_jeangrey 26-4-2022 05:47 AM
Macam lirik lagu pun ye...bila combine sedap bunyinya

Yg penting akhlak seiring dgn nama...
Quote mrsamz 26-4-2022 05:49 AM
Last2 jadi laduput dan dasemeni..hoho..indon kan suka shortform2 ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.030366 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top