Malang nasib gadis warga Myanmar yang mencari pekerjaan di Bangkok apabila dia diperkosa pemandu teksi.
Thaiger yang dipetik Kosmo melaporkan, mangsa meminta bantuan ibu saudaranya membuat hantaran di Facebook untuk membantunya mendapatkan kerja. Suspek, Adirek Sae Bae, 39, dilaporkan meninggalkan komen pada hantaran tersebut dan memberitahu bahawa dia boleh menawarkan pekerjaan kepada mangsa. Pada 1 April lepas, mangsa diambil suspek sebelum dibawa ke sebuah motel dan diperkosa.
Mangsa diminta untuk menunggu di dalam sebuah bilik untuk melakukan ‘ujian saringan Covid-19’ sebelum suspek kembali dan menggari tangannya, merogol dan merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit miliknya. Menurut polis, suspek turut mencuri telefon bimbit milik mangsa dan merompak wang tunai sebanyak 500 baht (RM63.62) sebelum membawanya ke balai polis Klong Tan. Suspek melaporkan mangsa merupakan pendatang tanpa izin dan tidak mempunyai pasport sebelum berlalu pergi. Polis bagaimanapun menahan suspek selepas mangsa menceritakan perkara sebenar yang berlaku ketika disosial siasat dengan bantuan penterjemah. Suspek berdepan dengan dakwaan merampas kebebasan seseorang berusia di bawah 18 tahun, kelucahan, rogol, penahanan haram, mencuri dan memiliki pornografi kanak-kanak. Manakala mangsa tidak akan didakwa bagi kesalahan memasuki Thailand secara haram kerana dia merupakan mangsa kegiatan jenayah. - CARI
|
ADVERTISEMENT