CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wartawan Cilik Viral, Haziq Dah Jadi Pelakon

25-4-2022 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3544| Komen: 34

 Wartawan cilik 'viral' dikenali Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, kini bergelar pelakon dan akan muncul dengan drama pertama lakonannya, Misi Anak Bulan di TV9, jam 6 petang, pada hari raya kedua ini.


Haziq yang berasal dari Kedah, sebelum ini meraih perhatian warganet dan menjadi popular selepas videonya melaporkan penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani tular di media sosial.

Mengulas pembabitannya dalam lakonan, Haziq ditemui berkata dia mahu mencari pengalaman walaupun kerjaya sebagai pelakon sebenarnya agak memenatkan kerana perlu mengulang babak.


"Susah juga berlakon ini dan penat sebab satu babak kena ulang banyak kali untuk disiapkan. Kalau tak jadi, kena ulang buat sampai jadi. Memang penat.


"Tapi, saya seronok berlakon dan kalau ada peluang lagi saya nak terus mencuba," katanya ketika sidang media virtual drama Misi Anak Bulan yang mempunyai lima episod.

Ditanya mengenai populariti dirinya sekarang, Haziq berkata ia tak dinafikan kerana dia menjadi perhatian rakan-rakan di sekolah yang sentiasa ingin mendampinginya.


"Popular itu terasa jugalah sebab ramai kawan di sekolah dah kenal saya. Malah, ke mana saja saya pergi ada antara mereka yang akan ikut. Tapi, saya gembira dan seronok saja.

"Cuma, sekarang ini antara jadi wartawan dan pelakon, dua-dua saya suka. Saya pun tak boleh nak buat pilihan lagi dan tengok dulu macam mana nanti," katanya kepada Harian Metro.

Masih melakonkan watak 'wartawan cilik' dalam drama Misi Anak Bulan itu, Haziq berganding dengan pelakon dan penyanyi Ezad Lazim dan juga Siti Fazurina.




Sebelum ini, Haziq juga pernah berpeluang menemubual Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di salah sebuah hotel terkemuka di Alor Setar, Kedah pada Februari lalu sekali gus dapat menunaikan impiannya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipah89 25-4-2022 12:44 PM
xberkenan sungguh aku dgn budak ni.. entah cara dia ckp mcm terlalu dewasa bagi i oll, annoying,
Quote dewimalam78 25-4-2022 01:25 PM
Anak2 ai bila swkolah rendah memang tak bagi main media social lelebih. Kena fokus belajar. Basic belajar tu penting. Dah naik sekolah menengah, nak set up account sendiri utk expose aktiviti baru ai benarkan. Itupun still kena monitor. Nak jadi apa pun tak kisah tapi belajar keutamaan pertama.
Quote Thunderclouds 25-4-2022 01:45 PM
Sekolah leklok dulu dik. InsyaAllah luas rezki tu kalo letak ilmu no 1. 15min fame lgsung xbbaloi. Hujung2 mintak sumbangan/bantuan tua esok. Ulang2 zikir job kurang..bayaran xsepadan ngn 'bakat' yada3. Haihh
Quote ketambangkang 25-4-2022 03:12 PM
xpe lah dik kalau dah begitu rezeki kau..harap dpt membantu keluarga
Quote dua_chzy 25-4-2022 03:20 PM
Budak ni sah2 kelempok.
Quote _kelly 25-4-2022 03:23 PM
bagi iols budak ni kurang adab ya..tengok video yg dia tegur ropie pakai gelang tu..ya betul la salah tp kena tau batas dik oiii, jgn lancang sangat
Quote prince_marhaen 25-4-2022 03:24 PM
sekolah je lah dulu dik...matang-matang nak ke mana... btw suara adik bingit ye...bukan suara wartawan berita mahupun host...wartawan setempat boleh la kot noooh
Quote chandrahusin 25-4-2022 03:45 PM
ingat aku sorang je yg tak suka bdk2
yg terlebih petah ni
Quote pembacagosip 25-4-2022 03:51 PM
_kelly replied at 25-4-2022 03:23 PM
bagi iols budak ni kurang adab ya..tengok video yg dia tegur ropie pakai gelang tu..ya betul la sala ...

ye nampak ketara sgt mcm lahar sgt. padahal org tua tu. takut terlebih over cara. apa pun yg tua kita kena hormati
Quote pembacagosip 25-4-2022 03:52 PM
kena balance sekolah pelajaran dan kerjaya lakonan tu. good luck dik
Quote Burong_Hantuk 25-4-2022 03:54 PM
budak ni overrr...ewwww
Quote _kelly 25-4-2022 03:55 PM
pembacagosip replied at 25-4-2022 03:51 PM
ye nampak ketara sgt mcm lahar sgt. padahal org tua tu. takut terlebih over cara. apa pun yg tua k ...

ya, iols bukan side ropi tapi kena pikir jugak nak tegur, dah la buat video camtu..tak patut la nampak tak beradab sgt
Quote Burong_Hantuk 25-4-2022 03:55 PM
bakal chef wan no 2 nih...celupar
Quote pembacagosip 25-4-2022 03:58 PM
_kelly replied at 25-4-2022 03:55 PM
ya, iols bukan side ropi tapi kena pikir jugak nak tegur, dah la buat video camtu..tak patut la na ...

kesian ropi pun mcm berubah air muka. mesti segan kena sound ngn budak kecik
Quote Minyakyuyi 25-4-2022 04:23 PM
Xminat budk haziq ni..sora dia annoying try hard nk ambk perhatian org..
Quote Duriand24 25-4-2022 07:39 PM
Bagi iols dia seorang budak yg bijak cuma bingit. Iols rasa family patut kasi semangat utk heols berjaya dalam pelajaran bukan mengejar glamour gini. Sekadar pendapat. Tapi apa pun rezeki heols la nak famous gini. Harap bawak kebaikan. Gittewww
Quote put3reen 25-4-2022 08:32 PM
tipah89 replied at 25-4-2022 12:44 PM
xberkenan sungguh aku dgn budak ni.. entah cara dia ckp mcm terlalu dewasa bagi i oll, annoying,

ada juga sekapal dengan aku dalam hal ni
Quote she 25-4-2022 08:40 PM
tipah89 replied at 25-4-2022 12:44 PM
xberkenan sungguh aku dgn budak ni.. entah cara dia ckp mcm terlalu dewasa bagi i oll, annoying,

Samalah macik pun dari dulu tak berkenan
Mungkin sebab family macik ni dididik kena sedor diri tu budak atau jangan bual macam orang tua

Ada beza budak petah bertutur dengan budak yang bertutur mimik orang dewasa
Sama juga beza dengan budak yang genius bercakap fakta dengan budak yang bercakap tanpa henti tapi kosong

Sekian unggahan jiwa macik
Quote silampumeja 25-4-2022 08:40 PM
tipah89 replied at 25-4-2022 04:44 AM
xberkenan sungguh aku dgn budak ni.. entah cara dia ckp mcm terlalu dewasa bagi i oll, annoying,

I ingat i je yg tak berapa mulia rasa budak ni annoying ... Syukur im not alone...

Sikit2 bolehlah... Lebih2 pastu terlalu nk jadi org dewasa, dah tak best dh...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.076508 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top