CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas PA Dah Kena Block Vida Lepas Buat Pendedahan, Abang Qush Bukan Gila Glamour!

25-4-2022 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2813| Komen: 13

Dituduh sengaja mahu mencipta kontroversi dan meraih perhatian pengikut media sosial, bekas pembantu peribadi (PA) kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Qush berkata, dirinya bukanlah seperti yang diperkatakan.


Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 26, juga menegaskan dia tidak gila glamor kerana sudah mempunyai kelompok pengikut sendiri di media sosial.

Tambahnya, pendedahan tentang tidak lagi bekerja dengan Vida adalah untuk menjelaskan situasi sebenar.


Foto: IG

“Dari dahulu lagi saya tidak pernah ada kontroversi dan tidak minat dengan cerita sensasi. Apa yang saya kongsikan adalah untuk memberi penjelasan tentang perkara sebenar.


“Tak perlu untuk meraih populariti kerana saya ada pengikut tersendiri di laman sosial,” katanya ketika dihubungi mStar.

Qush berkata demikian ketika ditanya tentang pendedahannya tidak lagi bekerja dengan Vida.

Malah dia memberitahu apa yang berlaku selama ini hanya lakonan dan tidak menerima sebarang surat perjanjian daripada usahawan sensasi itu.

Susulan itu, rata-rata netizen mengecam kedua-dua pihak dan menganggap mereka sengaja mencipta drama di laman sosial.

Berdepan banyak soalan, Qush memberitahu ia tidaklah memberi satu tekanan besar dan bersyukur kerana orang sekeliling masih memberi sokongan kepadanya.



“Apabila ada yang bertanya, saya akan jawab supaya orang faham situasi sebenar dan tidak lagi mengatakan saya PA kepada Vida selepas ini.

“Walau berdepan dengan kontroversi dan menjawab banyak soalan, saya tidaklah rasa tertekan. Saya jalani hidup seperti biasa dan senang apabila sudah jelaskan perkara sebenar.

“Saya bersyukur keluarga dan rakan-rakan sentiasa menyokong. Malah pengikut di media sosial juga sangat memahami,” jelasnya.

Sementara itu, apabila ditanya tentang usaha untuk memulihkan hubungan dengan Vida, kata Qush akaun media sosialnya telah disekat oleh wanita tersebut.

Foto: IG

Dia bagaimanapun akan mengambil kesempatan bertemu Vida bagi mengucapkan terima kasih.

“Kalau dia sudah unfollow saya di media sosial, bagaimana hendak berdamai? Saya tidak ada masalah dan tak mahu bergaduh dengan sesiapa.

“Mungkin satu hari nanti saya akan berjumpa sendiri Vida untuk mengucapkan terima kasih,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 25-4-2022 12:01 PM
walaupun heshe aura fonen jugak, tapi elok la sikit daripada Qebal lembam gundu tu... btw, padan muka kau libatkan diri dengan founder mereng tu.. lepas ni try jadi PA founder ponen kelempok anak 4-5 orang tu.. takpun PA mak propa atau bini propa dia tu.. hehe
Quote elzy 25-4-2022 02:34 PM
Baguslah tersedar sebelum menjerat diri..
Quote buapakperut 25-4-2022 03:54 PM
Kesian chuols benak sangatkah sampai dipergunakan bidah bibir belon
Quote DayangKirana 25-4-2022 03:56 PM
memang takde yang betul melainkan propa belaka hidup si bida neh.
Quote Buritan 25-4-2022 04:35 PM
DayangKirana replied at 25-4-2022 03:56 PM
memang takde yang betul melainkan propa belaka hidup si bida neh.

Bidah ni rasa syok kot nipuu org.. tp bab nipuu  ni bagus gak... nuar musa pun kena tipuu dgm bidahh.. std kelate terus cat pink.. koh koh
Quote LembingDayanti 25-4-2022 10:51 PM
aku jangkakan qush ni tetap sendu. sapo followers dia selama ni lol
Quote tumpanglalu74 26-4-2022 01:03 AM
Yang padan jadi hero MV mokcik ni pokcik yang rogol kucen kat bod isu semase tu je.  Namun dah terlambat, dia dah jumpe kucen dulu..
Quote sukacactus 26-4-2022 05:53 AM
Geli plak aku tgk pic yg ngadap vida tu
Quote shida81 26-4-2022 08:13 AM
Menipu je vida ni... Hujung rambut sampai hujung kaki menipu je
Quote bazlina 26-4-2022 08:28 AM
shida81 replied at 26-4-2022 08:13 AM
Menipu je vida ni... Hujung rambut sampai hujung kaki menipu je

betuiii, hidup penuh dgn penipuan n drama
Quote princessmiang 26-4-2022 08:32 AM
Semoga badak ni kulit tepi kuku dia sentiasa panjang dan dicarik2 amin

Selain tu semoga kuku kaki dia sentiasa bercagu akibat aniaya orang
Quote makita 26-4-2022 09:20 AM
princessmiang replied at 26-4-2022 08:32 AM
Semoga badak ni kulit tepi kuku dia sentiasa panjang dan dicarik2 amin

Selain tu semoga kuku kaki d ...

Rare betul doa pembalasan minta cagu
Quote rainbowrainz 4-5-2022 11:50 AM
Kaya pun x tenang bidah ni

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.046683 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top