CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gila Glam? Pegawai Polis ASP Main TikTok Semasa Operasi Serbuan Dikecam

25-4-2022 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7251| Komen: 91

Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) diarah menyiasat video tular berkaitan seorang pegawai polis wanita yang membuat rakaman video secara langsung menerusi akaun sosial aplikasi TikTok, semasa serbuan di sebuah pusat hiburan.


Tegas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain pihaknya tidak akan berkompromi dalam perkara seperti itu dan tindakan akan diambil sekiranya benar pegawai terbabit mempunyai motif merakam video kerana ingin mengumpulkan pengikut laman sosial akaun TikTok miliknya.

Razarudin berkata, pada masa ini, pihaknya sedang meneliti bila dan di mana rakaman video secara langsung itu dibuat.


Pegawai Polis ASP Main TikTok Semasa Operasi Serbuan Dikecam



"Saya sudah mengarahkan JIPS untuk ambil tindakan terhadap pegawai terbabit termasuk memanggilnya bagi mendapatkan kenyataannya berhubung tindakan membuat video secara langsung semasa operasi itu.

"Kita juga ingin mengetahui motif dan tujuan sebenarnya membuat rakaman menerusi akaun TikTok miliknya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Razarudin berkata, satu arahan berhubung penggunaan media sosial dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama membabitkan aplikasi TikTok akan dikeluarkan oleh JIPS.



"Pihak JIPS tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya benar pegawai terbabit mempunyai motif merakam video berkenaan semata-mata mengumpulkan pengikut di laman sosial akaun TikTok miliknya," katanya.

Dalam video berdurasi satu minit 38 saat itu wanita berpakaian jaket seragam operasi PDRM berpangkat Asisten Superintendan (ASP) menerangkan tentang sebahagian skop kerjanya menjalankan serbuan dan pemeriksaan.

Pada pertengahan video, dia menyatakan rasa terkejut kerana video berkenaan ditonton secara langsung oleh lebih 1,400 pengikut selain turut mengharapkan akaun TikTok miliknya diikuti oleh lebih 100,000 pengikut lain. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 25-4-2022 10:52 AM
darat  

Quote esbok 25-4-2022 10:58 AM
ini macam serah diri
Quote mamajawie 25-4-2022 11:04 AM
adan uke..kehkehkeh..
Quote caprut 25-4-2022 11:06 AM
Tula. Amek lg minah rempit , mat rempit jd polis. Cmne la jdi polis kalau undang2 yg basic pon tk tahu
Quote prince_marhaen 25-4-2022 11:06 AM
ada tengok semalam, meluat gila, jenis feeling-feeling acah orang kagum, kekonon baca komen orang tu kirim salam orang ni kirim salam, ada sorg dua staff dia tak selesa takut muka keluar live tu siap tegur dia lagi...dia berangan dah 1k orang tengok live, walhal orang tengok kebodohan kau...perangai sama je macam jantan betina gedik kat bigo dulu.
Quote tikusmontok 25-4-2022 11:18 AM
Tine garit ni berangan jd retis ke
Quote rospinki 25-4-2022 11:20 AM
Quote bulalof 25-4-2022 11:25 AM
bahalol takleh diajar lagi.....
Quote seri_mawr 25-4-2022 11:30 AM
pegawai tp x tahu SOP kerja ke..?
naya2...
tapi klu dia ank2 or kenalan VVVIP selamat la....cable baik punya...
Quote ifanonline 25-4-2022 11:35 AM
ambil tindakan disiplin
Quote Hassanputri 25-4-2022 11:39 AM
tak tahu prosedur kerja ke?? habis bnde semua nak masuk tiktok sekarang.. tak faham betul
Quote Shazid 25-4-2022 12:11 PM
Semua benda nk di tiktokan....Plg byk iols tgk cikgu buat tiktok kt sekolah..mcm2 gaya iols tgk. Mana yg badan cantik, berwajah tu lagi lah gigih...byk pulak masa cikgu2 ni ek?
Quote ezacbee 25-4-2022 12:21 PM
ASP kaki ular.. Wah hebatnya kamu!
Quote Prickford 25-4-2022 12:31 PM
Edited by Prickford at 25-4-2022 12:32 PM

Salah satu cara nak benti keje agaknya. Lepastu jadi ponder, agent & stokis.

Nidadam.jpg

Quote JunkMail 25-4-2022 12:34 PM
Adik adik baru kerja ni tak faham konsep profesional ke? Mungkin kena pergi kelas biro tatanegara...
Quote Simunggu 25-4-2022 12:38 PM
Edited by Simunggu at 25-4-2022 12:39 PM

anak kwn saya apply polis kena reject sbb tangan bengkok katanya tak lurus....sop tak lurus tak apa kot
hari itu nampak budak tentera tangan bengkok boleh pula masuk sbb nak datuk vvip...
Quote umbut 25-4-2022 12:41 PM
Bila budak rempit kelas belakang jadi puhlissss.. Gila glam
Quote mariamaria 25-4-2022 12:42 PM
polis lapar like
Quote caprut 25-4-2022 12:43 PM
Shazid replied at 25-4-2022 12:11 PM
Semua benda nk di tiktokan....Plg byk iols tgk cikgu buat tiktok kt sekolah..mcm2 gaya iols tgk. Man ...

Bila aku ckp kjer da senang nk lg senang ramai tk pecaya

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.068488 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top