Bintang filem Hollywood, Will Smith buat pertama kali membuat penampilan umum di India selepas insiden aktor terbabit menampar pelawak Chris Rock di majlis Anugerah Akademi pada 28 Mac lalu.
Media sosial 'kecoh' dengan penularan rakaman Smith yang tiba di Mumbai dengan berpakaian warna putih. Ketibaannya disambut oleh beberapa orang sami pengikut ajaran Sadhguru.
Rakaman tersebut memaparkan pelakon berusia 53 tahun yang terkenal dengan filem Men In Black itu sempat mengambil gambar bersama beberapa peminat sebelum menuju ke dalam bangunan.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dipastikan tujuan Smith melawat India, Bagaimanapun, dia bukanlah 'orang asing' di negara tersebut kerana pada 2019 dia pernah menulis catatan di Instagram mengatakan pengembaraannya ke India menyebabkan dia mengalami perubahan dan membangkitkan pemahaman baharu tentang dirinya.
Ada yang membuat kesimpulan kehadiran Smith di India adalah bagi tujuan muhasabah diri serta menjalani rawatan kerohanian apatah lagi sehingga kini masih ada yang bercakap mengenai kejadian di acara Oscar itu.
Gelombang publisiti negatif itu tidak berhenti hinggakan kemenangannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem King Richard (2021) seakan dilupakan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My