CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Cari 2 Kanak-Kanak Letak Benda Tajam Di Jalan

22-4-2022 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2630| Komen: 13

Polis daerah Kota Kinabalu sedang mengesan dua kanak-kanak lelaki yang dirakam meletakkan objek tajam di atas permukaan jalan sebelum tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan untuk mengesan namun masih gagal menemui kedua-dua mereka.


Video tular  dua kanak-kanak letak objek tajam di atas permukaan jalan. FOTO Ihsan Polis

Katanya, setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian kes kenderaan terlanggar sebarang objek tajam di lokasi dimaksudkan.


"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu juga sudah membuat operasi dan pemeriksaan di jalan-jalan utama sekitar bandaraya ini.

"Tindakan akan diambil terhadap sesiapa saja sekiranya ada sebarang aktiviti melanggar undang-undang termasuk mengganggu lalu lintas," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Zaidi berkata, pihak IPD Kota Kinabalu memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan secara terus ke talian 088-529222 untuk tindakan segera.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 22-4-2022 07:36 PM
bengang betul aku bila blur kan gambar macam tu.
Quote Belibis 22-4-2022 08:07 PM
zarulnazmi: bengang betul aku bila blur ka ...

Ntah..kata nak minta orang ramai salur maklumat,muka dikaburkan pulak.
Quote Skuau 22-4-2022 08:20 PM
(ank)pilak jugok ke ni???
Quote blakerainer 23-4-2022 07:39 AM
sorry la budak nakal cmni biar bynon yg ajar
Quote renko 23-4-2022 09:12 AM
tendang kan je
ape peduli kanak2 ke x
lau kecik2 da sial sgt perangai tu
Quote babyleo68 23-4-2022 10:47 AM
blakerainer: sorry la budak nakal cmni biar ...
macam bersalah nak gelak. Tapi iols sokong you [em:4:]
Quote per706 23-4-2022 03:17 PM
Takot ade yg dewasa soh letak..kalu ltak sndrik Kang mmg kena..jika budak2 buat ,xkan org nk ape2 kan,abes kuat pon kena marah je..budak2 ape je pekdah dia dpt dok letak tu.
Quote MsKathryn 23-4-2022 11:27 PM
Anak pilak ni
Quote buapakperut 24-4-2022 02:18 PM
Tentera sitti bainun diperlukan untuk rembat anak2 pilak ni, buat bende2 bukan2,
Quote mamajawie 25-4-2022 09:24 AM
ni kalau x anak pilak tah2 anak rohingya..itam semacam je..mohon dihantar ke rumah bonda bebudak camni biar baik budi pekerti dorang pasni..wakakakkakakaka
Quote mizruncing 26-4-2022 12:06 PM
smlm balik ambik anak aku kt umah pengasuh tiba2 ada dua org budak lari tgh jalan tahan kereta. pas tu jerit suruh berhenti. budak2 mcm umur 5 6 tahun mcm tu. haihhh berani sungguh. mane ntah mak pak nye. aku buka tingkap pas tu jerit balik ckp nak kena langgar btol2 tak? klu nak langgar dok depan lagi. terus budak2 tu muka cuak
Quote azalia72 26-4-2022 12:34 PM

Besar kemungkinan ... mmg koloni yg sangat berkembang pesat di kk
Quote ezacbee 26-4-2022 12:36 PM
Lempangkan aje..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.213467 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top