CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Umat Islam AS Bayar Purata Zakat RM8,953 Seorang

22-4-2022 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1062| Komen: 0

Rakyat Amerika Syarikat (AS) beragama Islam membayar zakat berjumlah AS$1.8 bilion (RM7.78 bilion) pada 2021, menurut Agensi Anadolu.

Umat Islam mengeluarkan purata zakat sebanyak AS$2,070 (RM8,953) seorang, sebagai satu daripada lima rukun Islam, menurut laporan dikeluarkan Inisiatif Filantropi Muslim di Universiti Indiana Lilly Family School of Philanthropy di IUPUI pada minggu lepas.


Gambar hiasan

Laporan itu menunjukkan umat Islam Amerika lebih cenderung melihat zakat sebagai tindakan dermawan atau kebajikan dan bukan cukai yang dikenakan pihak berkuasa agama.

Pengarah Inisiatif Kedermawanan Muslim, Shariq Siddiqui berkata, sebahagian besar daripada jumlah itu disumbangkan pada bulan Ramadan.

"Adalah penting bagi organisasi badan amal mencari cara mendekati penderma Muslim-Amerika ketika bulan Ramadan," kata Siddiqui.

Penerima bantuan terbesar merupakan organisasi antarabangsa tidak berasaskan keuntungan, yang menerima 25.3 peratus daripada dana zakat, menurut laporan itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.094859 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top