CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibelasah Mike Tyson Dalam Pesawat Kerana Minta Autograf

22-4-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3724| Komen: 32

Mike Tyson dilapor menumbuk seorang penumpang pesawat ketika dalam penerbangan pada Rabu malam.
Kejadian dipercayai berlaku apabila penumpang yang duduk di kerusi belakang berterusan 'mengganggu' bekas juara tinju dunia itu.


Menurut portal TMZ, rakaman video menunjukkan bekas petinju profesional itu dilihat menurunkan tempat duduknya lalu menumbuk lelaki itu bertubi-tubi.


Kredit foto: The Sun

Insiden berlaku ketika penumpang sedang menunggu pesawat Jet Blue itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ke Florida.

Rakaman video yang tular itu mendakwa lelaki itu dibelasah hanya kerana 'meminta autograf' daripada Tyson.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dilapor menerima rawatan tidak lama kemudian.
Namun menurut jurucakap Tyson, penumpang itu berulang kali "mengganggu"nya.

"Berlaku satu insiden dalam pesawat melibatkan Tyson dengan seorang penumpang agresif yang mengganggunya dan membaling botol air ke arahnya ketika Tyson berada di tempat duduk."


Kredit foto: AFP

Jabatan Polis San Francisco (SFPD) memberitahu TMZ bahawa pegawainya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan dan menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, polis menambah mangsa yang dirawat enggan memberi kerjasama dalam siasatan polis. Tiada maklumat lanjut tentang siasatan terhadap Tyson oleh SFPD.

Sementara itu, sumber rapat dengan Tyson mendakwa peminat itu berada dalam keadaan mabuk dan berterusan membuat provokasi terhadap petinju itu dari tempat duduknya.

Seorang saksi dalam pesawat berkata legenda tinju itu pada mulanya nampak selesa melayan penumpang lain, malah ada yang berswafoto dengannya.



Namun apabila berterusan diganggu 'peminat' yang duduk di belakangnya, petinju berusia 55 tahun itu terus hilang sabar.

Saksi berkata Mike bertindak keluar dari pesawat tidak lama kemudian.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 22-4-2022 06:06 PM
Stupid white boy.

Serves you right in the face.
Quote dua_chzy 22-4-2022 06:07 PM
Memang sengaja provok kan. Bangga la tu kena tumbuk Tyson. Nasib baik dia tak gigit hidung ko sampai putus.
Quote Zack8hunter 22-4-2022 06:25 PM
mcm terencat jer mamat tu
Quote matbad 22-4-2022 06:54 PM
Sejenis kelapaq perhatian white boy ni
Quote ChildrenOfBodom 22-4-2022 06:59 PM
It was an honor getting punched by iron mike
Quote Decaffeinated 22-4-2022 09:00 PM
First class ka tu? Macam tu ja

Quote matamata 22-4-2022 09:05 PM
Yg jenis amik autograf utk lelong kat Ebay pun ramai....dah kadi kerjaya pulak...bukan  peminat pun....kadang2 sampai tersilap bawak poster pun ada
Quote sukacactus 22-4-2022 09:08 PM
Huh! Padan muka!
Quote dua_chzy 22-4-2022 09:39 PM
Decaffeinated replied at 22-4-2022 01:00 PM
First class ka tu? Macam tu ja

Mungkin company American Airlines yang hauk.
Quote Dwdrum 22-4-2022 09:55 PM
Decaffeinated replied at 22-4-2022 05:00 AM
First class ka tu? Macam tu ja

Bussiness class
Quote Dwdrum 22-4-2022 09:56 PM
Di america untouchable blacks dan asians...
Quote imanjannah 22-4-2022 09:58 PM
mmg itu la yg di naknya pun.. dapat la merasa
Quote ardent91 23-4-2022 01:00 AM
Decaffeinated replied at 22-4-2022 09:00 PM
First class ka tu? Macam tu ja

Jetblue Airways punyer Mint Class lebih kurang business class la...okla tu untuk flight domestic.. mas punyer business class xderla gempak mane sgat pown..

Quote I.K.A888990 23-4-2022 01:46 AM
mmg mintak free kena belasah la ni
Quote VioletsAre_Blue 23-4-2022 01:49 AM
Nasib la tak kena uppercut dik, kalau tak terus KO
Quote namr 23-4-2022 02:54 AM
Budak tu annoying gila..mike tyson pukul manjah ja. Ptt debik bg insap jgn ganggu org pasni
Quote eyansss 23-4-2022 03:31 AM

kalau ikut artikel, mamat tu mabuk...
Quote Decaffeinated 23-4-2022 07:27 AM

but they call it first class

Quote stingeramdhan 23-4-2022 07:29 AM
Sebab itewww korang kalau terlanggar bahu dgn aku diluar avoid asking for my otograp.....

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.159835 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top