CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengulas Sukan Jamaludin Alias Kembali Ke Rahmatullah

22-4-2022 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1614| Komen: 6

Bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jamaludin Alias, 85, meninggal dunia hari ini.

Jenazah Allahyarham Jamaludin yang juga merupakan pelantun lagu patriotic berjudul Perajurit Tanah Air dibawa ke Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya untuk solat jenazah selepas solat Jumaat.



“Innalillahiwainnaillaihirojiun…pengulas sukan dan penyanyi lagu-lagu patriotik Jamaludin Alias telah kembali ke rahmatullah.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat,” menurut mesej yang dikongsikan ahli Persatuan Veteran RTM.


Sebagai pengulas sukan radio dan televisyen, Jamaludin pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 dan Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Allahyarham Jamaludin juga pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Jamaludin Alias. Al-Fatihah. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 22-4-2022 06:25 PM
Innalillah…salam takziah buat keluarga
Quote cm_matjawasp 22-4-2022 06:29 PM
Senaman pagi..dia bercakap je dalam radio.
Quote imransulaiman 22-4-2022 07:47 PM
Masya Allah! Di hari Jumaat di bulan Ramadan
Quote kakikuDibibirmu 22-4-2022 11:06 PM
Jamaluddin Jarjis tersenyum sinis
Quote Tinot7 23-4-2022 04:49 AM
Takziah kpd keluarga.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.185438 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top