CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lantang Mengkritik, Mark Zuckerberg Dilarang Masuk Rusia

22-4-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 980| Komen: 1

Rusia pada Khamis melaksanakan larangan perjalanan terhadap Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris dan Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg ke negaranya.



Kredit foto: IG Zuckerberg

Larangan itu turut dikenakan kepada berpuluh-puluh rakyat Amerika dan Kanada yang lantang mengkritik Rusia ke atas peperangan di Ukraine.

Kementerian Luar Rusia berkata, sekatan perjalanan ke atas 29 warga AS dan 61 warga Kanada terdiri daripada pegawai pertahanan, pemimpin perniagaan dan wartawan dari kedua-dua negara tersebut.

Di Washington, salah seorang pegawai yang menjadi sasaran sekatan tersebut iaitu jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.

"Saya harus menyatakan bahawa ia tidak kurang daripada satu pujian untuk mendapat kemarahan kerajaan yang membohongi rakyatnya sendiri, menganiaya jirannya dan berusaha untuk mencipta dunia yang mana kebebasan telah 'dilarikan'," katanya kepada pemberita.

AS telah mengetuai usaha antarabangsa untuk mengenakan sekatan menyeluruh ke atas Rusia berikutan operasi ketenteraannya di Ukraine sehingga menyebabkan ekonominya turut menerima kesan akibat pelaksanaannya.

Rusia sebelum ini telah mengharamkan Facebook dan Instagram yang merupakan sebahagian daripada empayar Meta milik Zuckerberg dengan melabelkan kedua-dua media sosial itu sebagai organisasi pelampau.

Antara individu yang termasuk dalam senarai sekatan masuk ke Rusia ialah Presiden AS, Joe Biden; anaknya, Hunter Biden; Setiausaha Negara AS, Antony Blinken; Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin; Penasihat Keselamatan AS, Jake Sullivan; Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns; Pengerusi Ketua Staf Bersama Tentera AS, Jeneral Mark Milley; Setiausaha akhbar Rumah Putih, Jen Psaki dan Timbalan Penolong Penasihat Keselamatan AS, Duleep Singh.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 22-4-2022 08:29 PM
vkontakte tersenyum sinis

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.082199 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top