CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Serang Pelajar Wanita Warga Asing Dengan Kayu, 2 Lelaki Diburu Polis

22-4-2022 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1812| Komen: 6

Dua lelaki didakwa menyerang seorang pelajar wanita di Dutamas, Kuala Lumpur, malam tadi kini diburu polis. 

Salah seorang daripada mereka dilaporkan turut memukul mangsa menggunakan kayu.

MANGSA menunjukkan bahagian belakangnya yang cedera dipukul dengan kayu oleh penyerang. - GAMBAR INSTAGRAM

Ketua Polis Sentul, ACP Beh Eng Lai mengesahkan kejadian tersebut dan satu laporan telah dibuat oleh mangsa berhubung perkara itu.

Menurut Eng Lai, mangsa merupakan warga asing yang belajar di sini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 dan 393 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan cubaan menyamun.


“Kejadian berlaku di hadapan SK Kiaramas, Persiaran Dutamas,” katanya.

Ini susulan mangsa berkongsi kejadian itu di Instagram menceritakan bahawa beliau dan rakannya diganggu oleh dua lelaki menaiki motosikal ketika sedang berjalan ke sebuah pusat beli-belah berdekatan.

Pada mulanya, ujar Eng Lai, mangsa dan rakannya tidak mengendahkan kedua-dua lelaki tersebut namun kemudiannya mereka terpaksa berlari ke arah sekolah berdekatan apabila dihampiri oleh lelaki-lelaki itu.


DUA suspek diburu polis susulan kejadian menyerang pelajar wanita warga asing di Dutamas. – GAMBAR INSTAGRAM

“Salah seorang daripada mereka (berbaju putih) melompat turun daripada motosikal dan berlari ke arah kami untuk menyerang,” katanya di Instagram.
 
Katanya lagi, “rakan saya berjaya melarikan diri tetapi saya tidak. Penyerang tergelincir dan terjatuh apabila dia menghayunkan batang kayu ke arah saya.”

Peluang ini kata mangsa, digunakannya untuk memukul penyerangnya yang terjatuh.

“Dia menggigit lengan saya, kemudian rakannya turut melompat turun daripada motosikal untuk menyerang saya.

“Jadi saya cuba lari. Saya tidak cukup pantas dan dapat rasa salah seorang daripada mereka memukul saya di bahagian belakang menggunakan kayu.

“Pengawal keselamatan di sekolah itu membuka pintu pagar supaya kami dapat masuk ke pekarangan sekolah untuk menyelamatkan diri tetapi pada ketika itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah melarikan diri.

“Saya sudah buat laporan polis, tetapi tolong kongsi mengenai kejadian ini agar ia dapat perhatian,” kata mangsa. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 22-4-2022 06:10 PM
apa nak jadi dgn malaysia ni… nasib baik berdua.. kalau sorang2 , nasib tak baik kena ngap dgn pakgad sekolah pulak
Quote buapakperut 24-4-2022 06:11 AM
Dah kenapa korang nak jadi leluhur madya Pradesh Sana? Setan betul perangai .kesian cikki itu
Quote ulamalu 24-4-2022 06:41 AM
Mlm2 Ramadan sepuluh terakhir bawa2 lah pergi solat tarawih.  Dia dah aim ke random aje.  Mcm pelik je nampak pompuan seksi terus serang .  Buat buruk nama Malaysia je.
Quote cmf_premierleag 24-4-2022 08:01 AM
Apa punca dua ekor jantan mangkuk ni nak pi serang cikki ni?
Sangap nk menutoh ke hapa
Elok la polis nak cari korang.bleh la check in 10mlm terakhir kt lokap balai
Quote I.K.A888990 24-4-2022 09:31 AM
jijik perangai laki2 tu
minta cepat la tangkap mangkuk ni
Quote aint 24-4-2022 09:48 AM
pondan mana la yg serang pompuan ni...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.245546 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top