CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Tertidur Selepas Pecah Masuk Kereta, Bangun Esok Pagi Tahu-Tahu Polis Datang Cekup

22-4-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1174| Komen: 3

LONDON – Polis Britain menahan seorang pencuri yang sedang nyenyak tidur di dalam sebuah kereta selama semalaman  selepas memecah masuk ke dalam kenderaan tersebut, lapor akhbar The Sun.


Menurut laporan, pencuri itu dilihat berkeliaran di kawasan kejiranan tersebut sebelum membuka pintu sebuah kereta Audi Q7 yang diletakkan diluar  sebuah rumah di Midlands Barat, England baru-baru ini.

Dia mengambil wang tunai, fon kepala dan beberapa barangan peribadi sebelum tertidur selama enam jam dan disedari oleh anak pemilik kenderaan tersebut keesokan paginya.



“Kami tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.


“Ia agak menakutkan apabila melihat terdapat seorang lelaki telah memecah masuk ke dalam kereta, namun kelakar kerana dia begitu nyenyak tidur di dalamnya,” kata pemilik kereta tersebut, Zoe Reed.

Tambah Reed, pencuri berkenaan dikejutkan oleh anggota polis yang tiba selepas dihubungi.

“Anggota  polis mengejutkannya dan berkata ‘Helo, apa yang anda buat di sini?’”

“Perkara pertama yang dikatakan oleh pencuri itu adalah ‘anda tidak boleh menangkap saya kerana mencuri disebabkan saya tidak melarikan diri dengan apa-apa barangan’.

“Kami berpeluang melihat situasi kelakar itu. Terdapat pencuri paling malas di Britain yang tidur di dalam kereta kami,” ujar Reed.

Dalam pada itu, Polis Midlands Barat mengesahkan pihaknya menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dari Tamworth, Staffordshire. Dia diberkas dan didakwa atas kesalahan mencuri daripada  kenderaan bermotor dan memecah masuk kenderaan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 22-4-2022 07:44 PM
“Perkara pertama yang dikatakan oleh pencuri itu adalah ‘anda tidak boleh menangkap saya kerana mencuri disebabkan saya tidak melarikan diri dengan apa-apa barangan’.


Dia punya otak memang senget dan tak stabil. Pecah masuk kenderaan orang masih lagi satu jenayah walaupun tak ambil apa-apa barang.
Quote Zeatyisaac 23-4-2022 05:31 PM
Sekadar tumpang tidur je tu. Semoga selesalah tidur di lock up.
Quote chinta89 24-4-2022 12:44 PM
hahahaha adoiii sempat tu sekolahkan polis plk  

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.088589 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top