CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizi Ali Tak Ada Rancangan Langsung Nak Rujuk, Baik Dengan Shakila Sebab Anak Je

22-4-2022 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16120| Komen: 79

Masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas isteri, penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali bagaimanapun menolak dakwaan pernah merancang untuk rujuk semula.

Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 33, memberitahu komunikasinya dengan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri lebih tertumpu kepada soal penjagaan anak tunggal mereka iaitu Ameena Sofia.

Foto: IG

"Saya dan Shakilla tidak ada masalah selepas berpisah. Kami selalu berbincang soal anak dan tidak pernah bermasam muka.

"Bagaimanapun perbincangan untuk kembali bersama tidak pernah berlaku. Saya pun tidak tahu apa yang terjadi dalam satu temubual Shakilla sebelum ini," katanya kepada mStar.




Fizi diminta mengulas laporan sebuah portal berita mengatakan Shakilla mengeluarkan kenyataan mahu kembali bersama.

Bercakap soal jodoh, Fizi tidak menolak jika bertemu dengan mana-mana wanita lain namun itu bukanlah perkara yang menjadi keutamaan dirinya buat masa ini.



"Saya tak boleh nak tolak kalau jodoh datang bergolek. Jika ada orang baharu saya terima dengan hati terbuka.

"Namun sekarang fokus saya adalah untuk anak dan kerja. Masa untuk diri sendiri pun tak cukup. Saya selesa dengan apa yang dilakukan," jelasnya.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia, 3.



Meskipun jodoh tidak panjang, Fizi berkata dia dan Shakilla bersepakat menjaga anak mereka.

"Mungkin kami tiada jodoh sebagai suami isteri tetapi takdir kami untuk membesarkan anak bersama.

"Saya harap semua dapat doakan kebaikan kami berdua," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 22-4-2022 03:53 PM
Mesti dah ada pengganti kan?
Quote Ashna21 22-4-2022 03:54 PM
Sian pula kat shakilla, mcm terumum awal pula nk rujuk
Skli ex husband ckp lain pula
Quote SherryZass 22-4-2022 03:54 PM
lol. satu kata nak rujuk, satu kata takda perancangan nak rujuk. bercanggah bethol kenyataan. Hidup jelah hidup memasing dengan aman yee. nampak c lelaki dah move on.
Quote cheezel 22-4-2022 03:55 PM
Itu jela cerita psl dorg ni
Quote hzln 22-4-2022 03:56 PM
Sembang tipikal jantan dah ada awek baru walau baru sebulan dua meratap hiba kena tinggal dgn bini
Quote Nenasketum 22-4-2022 04:04 PM
Macamlah awak tu hot
Quote mrsamz 22-4-2022 04:11 PM
Nenasketum replied at 22-4-2022 04:04 PM
Macamlah awak tu hot

Kasi can la fefeeling hot
Quote nazhidd 22-4-2022 04:11 PM
bukan awal awal dia ke nampak sedih yaqmat
Quote anaz98 22-4-2022 05:04 PM
Bukan ade awek baru ke haritu kat tiktok! Podah, jantan semua sampah!
Quote LoveSungmin 22-4-2022 05:06 PM
tak payah la hadap jantan cenggini.. buang masa je
Quote AcikBuncit 22-4-2022 05:13 PM
Malunye kalo acik jd shakila.. Beria bg staymnt nk rjuk bgai tp lakinya terang2 xnk. Siap ckp trbuka terima jdoh baru lagi.. Move on jela kila oi...
Quote Buritan 22-4-2022 05:19 PM
Ashna21 replied at 22-4-2022 03:54 PM
Sian pula kat shakilla, mcm terumum awal pula nk rujuk
Skli ex husband ckp lain pula

Kannn... kalo aku malunyaa... tak baiklaa ckp mcm tuu.. jwb ajelaa saya belum terbuka lg ke.. saya belum memaafkan lg ke.. saya belum bersedia utk jd suami lg ke.. mcm sikilla ni yg terhegeh hrgeh sgt..
Quote Buritan 22-4-2022 05:20 PM
AcikBuncit replied at 22-4-2022 05:13 PM
Malunye kalo acik jd shakila.. Beria bg staymnt nk rjuk bgai tp lakinya terang2 xnk. Siap ckp trbuka ...

Kannn.. sian killa.. mcm kain buruk sggh dia buat..
Quote Buritan 22-4-2022 05:23 PM
Wpun aku ni takde laa isteri solehah mana pung.. tp sujud syukor laki aku sayangkan aku..
Quote MatDeghem 22-4-2022 05:23 PM
ada kah si shakila sekarang gila talak ?
Quote NurAlia14 22-4-2022 05:40 PM
Kalo tgk interview kila ni mcmane la die blh ckp gtu..baik la die diam je xyah ckp ape2..die ckp kalo nnt fizi kawen lain, dn tak bahagia, die sedia nk terima balik..xyah ckp gtu blh dak aduh
Quote sleepandream 22-4-2022 06:53 PM
mohtip ramai bekap killa?
silap2 sheols yg nak sgt cerai haritu...
ingatkan heols tak sanggup... sekali cpt jah heols move on...
now menyesal khennn
Quote Normabaru 22-4-2022 08:01 PM
Ashna21 replied at 22-4-2022 05:54 PM
Sian pula kat shakilla, mcm terumum awal pula nk rujuk
Skli ex husband ckp lain pula

Tipikal jantan xguna mmg gitu
Quote Normabaru 22-4-2022 08:02 PM
NurAlia14 replied at 22-4-2022 07:40 PM
Kalo tgk interview kila ni mcmane la die blh ckp gtu..baik la die diam je xyah ckp ape2..die ckp kal ...

Air dh penuh la tu..hmmm

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.050808 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top