CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sweet Qismina Beli Kereta Cash RM80 Ribu Untuk Adik

22-4-2022 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7029| Komen: 41

Sebagai tanda sayang seorang kakak untuk adik kesayangannya, pelakon Sweet Qismina telah menghadiahkan sebuah kereta jenis Polo Volkswagen yang dibeli secara tunai bernilai RM80,000 untuk adik perempuannya, Farhanna Qisrina Supandi.


Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi, 25, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia memang sudah merancang untuk membelikan kereta untuk adiknya selepas remaja itu menamatkan persekolahan.


Foto: IG

“Tak ada sebab lain pun. Sebab adik dah habis sekolah dan perlukan kenderaan untuk ke kolej nanti. Saya pun akan sibuk dengan kerja. Selama ini kalau adik hendak ke mana-mana, saya yang akan hantarkan.


“Adik pun sudah boleh memandu sendiri, jadi selepas ini mudahlah dia untuk bergerak dan membawa ibu bapa keluar berjalan-jalan,” katanya.



Ujar pelakon drama Bidadari Salju itu, kalau ikutkan adiknya yang kini berusia 18 tahun ‘mengidam’ untuk memiliki sebuah kereta berjenama Honda, namun melihat juga pada ‘rezeki’ yang dimilikinya.

“Kalau ikutkan adik mahukan kereta Honda. Tapi saya tidak mahu membelinya kerana belum bersedia (rezeki).

“Alhamdulillah, tahun ini saya ada rezeki lebih. Jadi tidak salah rasanya berkongsi rezeki dengan keluarga,” katanya.


Sebagai kakak, Sweet turut menitipkan pesanan untuk adik bongsunya itu supaya pandai menjaga diri dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak elok selepas memiliki sebuah kereta.

“Kakak mana yang tidak risau. Macam mana mama menjaga anaknya, begitu juga saya sebagai kakak akan menjaga adiknya.

“Saya nasihatkan adik memandu berhati-hati. Jangan bawa kereta ke mana-mana tanpa pengetahuan keluarga. Paling penting jaga diri sendiri,” katanya.



Sekadar info, Sweet merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik tunang kepada pelakon Adam Lee mempunyai dua orang abang dan seorang kakak.

Namun kakaknya, Farhanna Qistina, meninggal dunia pada usia 21 tahun dalam kemalangan jalan raya pagi 1 Syawal pada 18 Jun 2015. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 22-4-2022 03:42 PM
Huntong dpt kakak kayoooo
Quote lasagna 22-4-2022 03:43 PM
untungla adik nya, dpt kakak gini dpt kete baru! aku dlu down payment kan utk adik juga tp kete 2nd hand, kang beli kete baru kot pape trjd naya pak karim.
Quote newyork 22-4-2022 03:54 PM
Dierang 2 beradik kot ni.. mesti rapat ..
Quote anony-mous 22-4-2022 03:54 PM
Sygnya pilih vw polo yg sekali rosak, mau mintak duit lg. Baik lah ambik H/T/P
Quote SherryZass 22-4-2022 03:56 PM
huntong chuolls, cash gitu..
Quote cantthinkofany 22-4-2022 04:00 PM
kaya ek pelakon malaysia ni...
Quote cheezel 22-4-2022 04:00 PM
Tajuk bayar cash. Caption ig bayar ansuran
Quote kashaz 22-4-2022 04:07 PM
cheezel replied at 22-4-2022 04:00 PM
Tajuk bayar cash. Caption ig bayar ansuran

byr ansuran pada sweet kan maksudnya?takkan ler byr bank smpi tua.
Quote Rogue98 22-4-2022 04:09 PM
Beli kan X50 pun ok
Quote Miss.Rara 22-4-2022 04:44 PM
gudlak utk service and maintenance ya adik...
Quote AcikBuncit 22-4-2022 05:17 PM
Miss.Rara: gudlak utk service and mainten ...


Acik setuju ni. Kita kalau nk bg hadiah kat orang, tgk pd kemampuan dia. Kne pkir srvis n mntenance tu nanti larat ke dia nk byr. Melainkn tu pn ko nk tanggung.. Volkswagen tu.. Nk bg hadiah pn bg yg biasa2 je ikut kemampuan dia nk handle. Tp makpak dia pn kaya kn so xpela kot haha
Quote stania83 22-4-2022 05:53 PM
cash duit muka je kot..haha mestila cash..kat ig dia tulis bulanan adik dia bayar
Quote anilanil 22-4-2022 06:01 PM
Huntong la.. harap2 sweet belanjer skali kos maintenance.
Quote GegarVaganja 22-4-2022 06:19 PM
anony-mous replied at 22-4-2022 03:54 PM
Sygnya pilih vw polo yg sekali rosak, mau mintak duit lg. Baik lah ambik H/T/P

Member Ganja pakai polo ni. Ada sekali rosak, dah betulkan dekat 4k rasanya. Otw balik rumah rosak balik. Last2 jual pakai honda.

Quote anony-mous 22-4-2022 06:45 PM
GegarVaganja replied at 22-4-2022 06:19 PM
Member Ganja pakai polo ni. Ada sekali rosak, dah betulkan dekat 4k rasanya. Otw balik rumah rosak ...

Mmg byk penyakit VW ni harga tu dia beli second la kan? Lg lah menempah maut , nk nmpk brand punya pasal
Quote missyL 23-4-2022 10:24 AM
Baik sweet ni ngn family.
Pnh tgok rancangan die dtg ngn mak die
Mmg sejenis family oriented sgt2

Pastu ckp pn educated bunyi nye
Rasenye da abes degree kan
Mak die pn ok je
Quote Tunan 23-4-2022 10:30 AM
newyork replied at 22-4-2022 03:54 PM
Dierang 2 beradik kot ni.. mesti rapat ..

Ppuan 2 org je
Sbb dorg ada abg
Quote mizzmimi 23-4-2022 10:35 AM
Nak pakai H jazz baru 70k++.. Dah bole sangat dah amount tu. T yaris pon around that je and both very reliable car brand. Takkan tak ask around & research before beli..

Lantak kau hahaha
Quote mizzmimi 23-4-2022 10:37 AM
Bersepah orang complaint pakai VW ni.. Eh sukati kau lah labu duit engkau.. Yang pening pon engkau jugak hahaha

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.072214 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top