Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham memberitahu meskipun usia kandungan isterinya, Nur Natasha bakal memasuki tujuh bulan namun dia tetap gigih memantau pergerakan urusan perniagaan.
Ayie, 24, menyifatkan Tasha seorang yang tidak mengenal erti penat dan bimbang andai segala urusan perniagaan diserahkan kepada pekerja. “Insan yang tak kenal erti penat. Kandungan dah nak masuk tujuh bulan pun gagah nak ikut meniaga. “Risau, takut sangat kalau lepaskan semua dekat pekerja. Mesti dia nak turun padang buat semua di bazar mahu pun di kedai
“Bukan itu sahaja, gagah nak ikut pergi beli baju raya untuk keluarga sampai ke pagi dan macam-macamlah. Kalau nak cerita semua memang takkan habis,” katanya.
|
ADVERTISEMENT