CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Cantik, Ada Suara Dan Berbakat,"- A.Aida Pujuk Anak Jadi Artis

22-4-2022 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2954| Komen: 7

"Dia cantik, ada suara dan berbakat."

Itu kata penerbit terkenal, Datuk A Aida apabila anak keduanya hasil perkahwinan dengan penyanyi Ameng Spring, Wan Azevanatassha atau Natassha, 21, tular di aplikasi TikTok.


Aida, 52, berkata, dia tidak kisah jika suatu hari nanti anaknya itu terbabit dalam bidang hiburan dan menjadi penyanyi.


Foto: IG

"Saya tak kisah dia menjadi penyanyi. Saya okay saja. Macam saya kata, dia ada suara, rupa dan pandai main gitar, kenapa tidak? Saya selalu cakap pada dia, mainlah gitar dan letak di YouTube. Manalah tahu boleh meletup.


"Saya selalu bebel pada dia. Sudah ada semua dan buatlah album. Tapi dia tak nak sebab katanya itu lebih pada kepuasan diri sendiri. Perhatiannya bukan nak menjadi artis, dia tak nak. Bagi saya, sayang anugerah Allah. Tak semua orang dikurniakan kelebihan dan bakat itu. Sayang tak digunakan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Aida yang juga penerbit A Aida Production, kedua-dua anak perempuannya pandai dan berbakat dalam bidang nyanyian.

"Kakak dia pun, Wan Az Aleesa, 26, pun boleh menyanyi. Kedua-dua anak Ameng ni boleh nyanyi. Tapi itulah, mungkin mereka mahu beri perhatian pada bidang lain iaitu pelajaran. Alhamdulillah, Aleesa sekarang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Natassha pula program perakaunan di UiTM (Universiti Teknologi Mara)


"Natassha seorang anak yang ada dunia tersendiri. Biasanya dia dalam bilik saja. Sedangkan bagi saya dia pandai main gitar, menyanyi, suara 'best'. Dari dulu lagi saya dengan beberapa kawan dalam bidang muzik 'bodek' dia suruh jadi penyanyi dan berlakon dalam video muzik, tapi dia akan cari alasan tak nak.

"Sekarang dia cuti semester dan banyak habiskan masa dengan komposer Sharon Paul di studio. Saya pun suruh Sharon pujuk dia mana tahu nak menjadi penyanyi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JDT 22-4-2022 02:53 PM
Dah anak tak minat, biarkan je lah. Ni lebih kepada keinginan yang tak kesampaian maknya..
Quote seri_mawr 22-4-2022 02:58 PM
xde video anak dia menyanyi ke..?
nak dgr..sedap mcm ayahnya kah..
Quote nakkomenjugak 22-4-2022 04:32 PM
Kannnnnn...
Anak tengah muda rumajaaaaa
Cash cow habis2an
Quote Prickford 22-4-2022 04:38 PM
Ingat lagi kazen iolls minat sangat music, sekolah rendah sampailah mrsm at same time habiskan study piano sampai gred 8. Hujung2 mak tak bagi jadi musician. Tapi tetap berjaya dengan kerjaya sheolls sebagai pengarah di kementerian sekarang ni.
Quote missyL 23-4-2022 10:35 AM
Mak org lain xnk jadi artis haha
Tp klo anak die jadi penyanyi bole nyanyi ost drama mak die
Quote Mulotkoyak 23-4-2022 11:56 PM
Yg mne satu ank die yg lawa tuuu? Ak is confuse sat. Kalo yg ade dlm gmbr tu ak tgk biase2 je. Sorg cm Jihan and sorg lg cm mak cik kje gomen yg bertudung tuh. Ke yg xde dlm gmbr.
Quote sue_liah 25-4-2022 10:47 AM
seboleh2 nak up anak wpun anak2 relax2 je tak nak glemer

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.296047 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top