CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jatuh Tersungkur Dari Walker, Bad Indigo Pengsan Sebab Cuba Berpuasa

22-4-2022 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6528| Komen: 30

Bad Indigo yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) pengsan di tempat kerja kerana cuba berpuasa pada Selasa lalu.

Bad, 47, atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata, dia dinasihati doktor agar tidak berpuasa kerana penyakit kencing manis dialami selain masih perlu makan ubat bagi menyeimbangkan gula dalam badan.



Foto: IG

"Selasa lalu saya pengsan sebab cuba berpuasa. Doktor sudah kata mungkin susah untuk saya berbuat demikian kerana masih perlu makan ubat kencing manis bagi menuetralkan kandungan gula dalam badan. Ini kerana saya kena isi perut dengan makanan atau minuman.

"Apabila saya cuba berpuasa dan banyak melakukan pergerakan di tempat kerja, itu yang membuatkan saya pengsan. Apa saya ingat, pandangan terus gelap dan sedar terus berada di tempat lain.

"Kawan cakap saya jatuh tersungkur di kerusi 'walker' dan mereka terus bagi saya makan dan minum. Ia terjadi sebab kurang gula dalam badan. Kalau di rumah pada hujung minggu saya boleh puasa sebab memang baring saja dan tidak banyak pergerakan," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Bad, dia mengambil keputusan untuk bekerja di bahagian kreatif bengkel kereta Reiber Auto sejak awal tahun ini.

"Saya nak juga kembali bekerja selepas dua tahun tak ada kerja ekoran pandemik. Lagipun sebelum ini sudah 26 tahun saya bekerja dan sudah biasa. Namun, sejak dimasukkan hospital dan menjalani prosedur membuang jari kaki, memang otak tepu dibuatnya sebab tak tahu nak fikir macam mana lagi. Kalau saya terus duduk diam dan tak buat apa-apa, saya takut ada penyakit lain pula.



"Saya nak otak sentiasa 'berjalan'. Itu sebab saya bekerja di sini dalam bahagian kreatif selepas ditawarkan oleh pemilik bengkel ini. Alhamdulillah, ada juga pendapatan sendiri. Tidaklah mengharapkan bantuan kerajaan saja," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-4-2022 02:53 PM
mana ashira?konfem ke da berpisah?
Quote Lavender_Violet 22-4-2022 03:06 PM
mamajawie replied at 22-4-2022 02:53 PM
mana ashira?konfem ke da berpisah?

What????
Dah berpisah pulak ke??
Quote naina 22-4-2022 03:10 PM
Alhamdulillah dah dapat kerja..
Semoga dipermudahkan dan semakin sihat
Quote miemiecha 22-4-2022 04:18 PM
bad, p jumpa saari amri, katanya dia pun handal ngubat cara kg, apak mek sibuk nk ajak p jmpe saari amri, xtau le nk ngubat diabetis ke nk suh saari amri kompos lagu 1 utk dia...
Quote doridori_hi 22-4-2022 04:43 PM
Aku tknk kena potong kaki...[em:9:][em:9:][em:9:]
Quote asfaz 22-4-2022 04:49 PM
Dengar la cakap doktor tu. Kena ingat,gula tetiba drop pun bahaya.
Quote ezacbee 22-4-2022 04:52 PM
Jangan main2 gula drop.. teringat 1 video yg pompuan tiba2 pengsan trus terjatuh kat landasan ketapi. Nasib baik hidup lagi.. Ngeri
Quote anony-mous 22-4-2022 04:55 PM
Adoi mmg degil ya heols. Org kencing manis mmg xleh puasa sbb nnti low blood sugar. Bagus betul reiber sggup ambik heols. I selalu follow owner dia dkt ig
Quote buragazz 22-4-2022 05:07 PM
miemiecha replied at 22-4-2022 04:18 PM
bad, p jumpa saari amri, katanya dia pun handal ngubat cara kg, apak mek sibuk nk ajak p jmpe saari  ...

Aku whatsapp dia tapi tak balas sebab aku pun ada kencing manis...
Quote annadonna 22-4-2022 05:27 PM
Aku salute dia masih bekerja. Jgn la korang tuduh2 dia bewak hidup. Dia pun ada maruah. Tentang ashira kalau betul dorang berpisah itu hak ashira. Dia pun agaknya nak cari bahagia dia sendiri.
Quote stania83 22-4-2022 06:16 PM
dia ni senyum jeee positive vibe, tapi kat forum kata dia maakan duit gf lah mak lah, tak jaga anak. iols kongpius dia ni jahat ke baik..
Quote asfaz 22-4-2022 06:23 PM
annadonna replied at 22-4-2022 05:27 PM
Aku salute dia masih bekerja. Jgn la korang tuduh2 dia bewak hidup. Dia pun ada maruah. Tentang ashi ...

Betul lagipun ashira bukan kawin dr bad ni sihat walafiat .
Quote dua_chzy 22-4-2022 06:31 PM
Diabetic people hati2 puasa. Boleh buat gula dalam darah jauh lagik tinggi juga.
Quote izat123 22-4-2022 06:38 PM
annadonna replied at 22-4-2022 05:27 PM
Aku salute dia masih bekerja. Jgn la korang tuduh2 dia bewak hidup. Dia pun ada maruah. Tentang ashi ...

Kan. Habis ummah forum cerca dia rupanya elok je dia kerja dari awal tahun hari tu. Aku salute orang yang sakit sakit pun kerja jugak ni.
Quote anilanil 22-4-2022 08:20 PM
Bang, jaga la kesihatan. Awak tak wajib berpuasa pon. Ada anak tiri & bini utk dijaga. Kerja la elok2. Kerja pon ibadah jua.
Quote addamnor 23-4-2022 12:18 AM
anilanil replied at 22-4-2022 08:20 PM
Bang, jaga la kesihatan. Awak tak wajib berpuasa pon. Ada anak tiri & bini utk dijaga. Kerja la elok ...

Anak tiri tu tak ada bapa sendiri kah sampai kena bapak tiri kena jaga? Bukan responsiblity si bad ini pun kena jaga anak tiri tersebut
Quote Perawankota 23-4-2022 02:57 AM
Bekas ex - colleague aku dia kena kencing manis, potong kaki sebelah sampai lutut. Tapi sejenis yang cekal, p rehab, pakai kaki palsu.. Sekarang kalau tgk org pon tak perasan tu kaki palsu..
Quote SpyLeman 23-4-2022 03:49 AM
Ujian utk dia dan Ashira. Semoga kedua2 tabah.
Quote missyL 23-4-2022 10:33 AM
X pyh puasa klo sakit.
Nti baya fidyah je.
Ganti pn xperlu sbb mmg memudaratkn tol berpuasa.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.064407 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top