Peranti Apple yang amat terkenal dengan mempunyai sistem sekuriti yang baik dan ia juga ada ciri penjejakan secara langsung menerusi aplikasi "Find My" jika ada barangan produk apple hilang seperti AirPods, tiada siapa sangka ciri itu boleh digunakan sebagai alat pengesan lokasi sebenar pergerakan tentera Rusia. Petikan dari Vocket, baru-baru ini seorang lelaki Ukraine iaitu Vitaliy Semenets telah berjaya menjejaki pergerakan tentera Rusia dengan hanya menggunakan ciri penjejakan peranti Apple untuk mengetahui lokasi AirPods miliknya yang dicuri oleh tentera Rusia.
|
ADVERTISEMENT