Kisah sayu yang dikongsikan seorang lelaki menjadi tular apabila dia menceritakan perjalanan manis hidupnya bersama arwah isterinya walaupun tempoh perkahwinan mereka hanya sekejap.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik lelaki tersebut, dapat dilihat upacara akad nikah dia dan isterinya dilakukan di dalam sebuah bilik di hospital. Dapat disaksikan juga, ketika upacara berlangsung, si isteri dalam keadaan terlantar sakit sambil baring di atas katil hospital serta disertai oleh beberapa ahli keluarga mereka yang lain. Kapsyen yang ditulis pada video berkenaan turut mengundang sebak orang ramai kerana rata-ratanya melihat bukti kasih sayang lelaki tersebut menerima isterinya seadanya.
“Sampai jumpa di keabadian, akan ku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi,” tulisnya. Lebih menyayat hati adalah di akhir video tersebut kelihatan sebuah batu nisan menandakan bidadari syurganya itu sudah pergi buat selama-lamanya. Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai tidak ketinggalan memberi kata-kata semangat untuk lelaki tersebut agar kekal tabah meneruskan kehidupannya walaupun tanpa kasih seorang isteri di sisi. “Jodohnya seketika di dunia, tapi berkekalan di sana nanti,” ujar seorang pengguna. “Kuat cinta abang pada arwah isteri, sanggup menggembirakan hatinya sebelum dia pergi meninggal dunia, moga Allah pelihara kasih dan cinta kalian berdua sampai syurga,” kata pengguna yang lain. – CARI Sumber: Kosmo
|
Buritan replied at 22-4-2022 12:06 PM
Ontah.. bg aku tak perlulaa nikah dahh.. dah takde harapan kan..pndgn akulaa.. lain org lain caranya
annehuda replied at 22-4-2022 12:18 PM
aku pun berpandangan camtu gak. walaupun nikah 3 hari, tapi si laki tu layak jah nak tuntut harta ...
Lebih menyayat hati adalah di akhir video tersebut kelihatan sebuah batu nisan menandakan bidadari syurganya itu sudah pergi buat selama-lamanya.
annehuda replied at 22-4-2022 12:18 PM
aku pun berpandangan camtu gak. walaupun nikah 3 hari, tapi si laki tu layak jah nak tuntut harta ...
SedihPedih replied at 22-4-2022 12:11 PM
utk apa ek nikah kalau dh mcm ni? jumpa di syurga?
kalau heols kekal bujang sampai akhir hayat baru ...
Buritan replied at 22-4-2022 12:06 PM
Ontah.. bg aku tak perlulaa nikah dahh.. dah takde harapan kan..pndgn akulaa.. lain org lain caranya
dani-rox replied at 22-4-2022 05:30 AM
bayangkan tahun 90an dulu... ko kematian laki atau bini, ko bawak camcorder merakam semua detik2 m ...
kepompong replied at 22-4-2022 05:45 AM
belum ngesek kira tkde solemnization. kalau terbalik, suami tenat mati sblm ngesek tkde hukum apa2 e ...
dua_chzy replied at 22-4-2022 02:48 PM
Kalau dulu buat begini dah kena penampar Jipun.
Buritan replied at 22-4-2022 01:46 PM
Dolu dolu ed osmera.. pelakon 60an tuu laa.. kekal bujang sampai akhir hyt.. frust gf kawin lain
Cpkay replied at 22-4-2022 03:01 PM
hensem sunggulah En Osmera tu ..
ADVERTISEMENT