Isu parkir di hospital selalu mempunyai masalah seperti kekurangan tempat parkir, jarak jauh dari hospital dan kadar saman parkir yang dikatakan cekik darah. Petikan dari Majoriti, baru-baru ini ada seorang pengguna Facebook iaitu Shahrul Fadhel memuat naik satu hantaran meluahkan kekecewaan tentang pihak berkuasa yang mengeluarkan saman terhadap sebuah kenderaan yang parkir di luar kotak di Hospital Perempuan Zainab II di Kelantan. Loading FB Post...
Difahamkan, jika pelawat melakukan kesalahan seperti meletak kenderaan di luar kotak ataupun kereta melebihi masa parkir, pelawat itu boleh dikenakan denda sehingga RM110. Menurutnya, ruang parkir tidak mencukupi boleh dijadikan salah satu punca kenapa orang ramai meletakan kenderaan di luar kotak. Justeru, Shahrul mencadangkan pihak berkuasa harus menggunakan budi bicara sebelum memberikan saman dan bukan saman sahaja tanpa menegur empunya kenderaan tersebut. - CARI |
ADVERTISEMENT