CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawi Bahagia, Tak Malu Cakap 'Takut Bini'

22-4-2022 01:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1210| Komen: 0

Penyanyi dan pengarah filem Asmawi Ani atau Mawi, 41, suka menggunakan perkataan 'takut bini' di hadapan umum sebagai rasa hormatnya kepada isteri, Nora' Asikin Rahmat atau Ekin.


Mawi berkata, penggunaan perkataan sebegitu sebenarnya lebih membahagiakan selain menunjuk rasa hormat seorang suami kepada isteri tersayang.


Kredit foto: IG Mawi

"Saya tak malu cakap 'takut bini' depan ramai orang sebab ia lebih kepada menghormati isteri sendiri. Lagi pula, selama melalui kehidupan bersama, Ekin adalah orang yang sentiasa menyokong saya dalam segala hal.

"Macam untuk hasilkan filem ini, ada juga bantuan modal yang datangnya daripada Ekin dan ahli keluarga lain. Jadi, memang dia banyak menolong saya selain memberi sokongan dalam kerja dilakukan," katanya.


Mengulas mengenai ujian dalam rumah tangga, Mawi berkata dia juga pernah melaluinya dan untuk hal sebegini apa yang paling utama kena tahu bagaimana nak menghadapinya.

"Siapa yang berkahwin, tak pernah kena ujian? Saya sudah lalui perkara sebegini dan dalam kehidupan berumah tangga, memang ada ujiannya. Saya pernah melaluinya (ujian rumah tangga) dan bukan sebab 'orang ketiga'.

"Ujian rumah tangga hadir dalam pelbagai punca dan faktor. Tapi, alhamdulillah rumah tangga saya dan Ekin tidak pernah diganggu dengan 'orang ketiga'. Ujiannya dalam bentuk lain dan sebagai suami isteri sebaik-baiknya kita sentiasa berterus-terang. Ia penting supaya tiada salah faham atau berfikir yang bukan-bukan oleh pasangan," katanya.

Terdahulu, Mawi ditemui pada majlis pelancaran filem ketiga yang akan diarahkannya berjudul Zim Zim Ala Kazim yang mengangkat kisah benar dalam kehidupan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias.


Kredit foto: Harian Metro

Ditanya juga mengenai sahabat baiknya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof yang kini berhadapan kemelut rumah tangga, Mawi berkata dia tidak pernah ambil tahu kisah peribadi orang lain.

"Saya ada berjumpa Syamsul baru-baru ini, tapi kami hanya berbincang soal projek filem kerana Syamsul, seorang yang ada banyak idea bernas. Saya selesa berkongsi pandangan dan pendapat tentang urusan kerja dengannya.

"Dia pun tidak pernah bercerita masalah rumah tangganya dan saya juga selama ini tidak pernah bertanya apa-apa. Bagi saya, ia urusan peribadi orang dan buat apa kita nak ambil tahu. Saya hanya nak bincang soal kerja saja," katanya.

Untuk rekod, Mawi juga juara Akademi Fantasia 3 (AF3) yang pernah mencetus fenomena pada 2005, bertemu jodoh dengan Ekin pada 2008. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cahaya Malaika, 10.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.038097 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top