CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Nepal Sasar Jadi Individu Terpendek Jejak Puncak Tertinggi Dunia

22-4-2022 01:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 707| Komen: 1

Sagar Sunar, seorang lelaki Nepal dengan ketinggian 1.13 meter, menuju ke Gunung Qomolangma pada Selasa untuk melunaskan impiannya menjadi pendaki terpendek pernah menjejaki puncak tertinggi di dunia.


“Pendaki berusia 28 tahun itu berlepas ke gunung berkenaan sejurus selepas mendapat permit mendaki daripada Jabatan Pelancongan Nepal pada hari Selasa.

“Sekiranya Sunar berjaya dalam percubaannya, dia akan menjadi orang terpendek yang pernah mencapai puncak Gunung Qomolangma,” kata Aditya Bhusal, Pengarah Himalaya Shepherds Eco Trek and Expedition yang menganjurkan ekspedisi Sunar.


Kredit foto: myRepublica - Nagarik Network


Menurut laporan Xinhua, Sunar tinggal di daerah Kaski di barat Nepal.

Bhishma Raj Bhattarai, seorang pegawai di bahagian pendakian gunung di Jabatan Pelancongan menyatakan jabatan itu tidak mempunyai rekod mana-mana individu terpendek lain yang telah mendaki Gunung Qomolangma setinggi 8,848.86 meter itu.

Sebelum berangkat ke Gunung Qomolangma, Sunar telah mendaki Puncak Ramdung (5,925m) di kawasan Rolwaling di Himalaya.

Pada hari Selasa, Jabatan Pelancongan Nepal telah mengeluarkan permit mendaki untuk 287 pendaki untuk mendaki Gunung Qomolangma, kata agensi itu dalam satu kenyataan akhbar. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-4-2022 02:24 AM
Semoga berjaya..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.038648 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top