CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adun Gesa Kanak-Kanak Jalanan Ditahan

22-4-2022 01:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1477| Komen: 9

Adun Api-api, Christina Liew meminta pihak berkuasa menahan kanak-kanak jalanan dipercayai warga asing yang bertindak semakin melampau di sekitar bandar itu.


Ketua PKR Sabah itu meminta pihak berkuasa menghantar kanak-kanak terbabit pulang ke negara asal bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku pada masa depan.


Gambar dua kanak-kanak meletakkan skru di atas jalan yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ini kerana, katanya, kanak-kanak jalanan itu bukan saja meminta sedekah daripada pengguna jalan raya, malah mereka turut meletakkan skru di atas jalan.


Beliau berkata, tindakan kanak-kanak terbabit tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang warganet.


Kredit foto: The Star

“Perbuatan mereka ini bukan saja menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang awam, tetapi juga membahayakan pengguna jalan raya apabila meletak skru di atas jalan raya.

“Mereka juga dilihat mengacau pengguna jalan raya dengan meminta sedekah setiap kali kenderaan berhenti di lampu isyarat.

“Tolong atasi masalah ini, mereka mungkin kanak-kanak jalanan pada hari ini, tapi tidak mustahil esok mereka akan jadi penjenayah dan menimbulkan kegusaran orang awam pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 22-4-2022 07:10 AM
Hantar skali mak bapak n keturunan diorg balik
Quote Decaffeinated 22-4-2022 07:17 AM
Tangkap sekali kanak2 jalanan yang naik basikal dalam keadaan merbahaya

Quote tripleid 22-4-2022 09:17 AM
Edited by tripleid at 22-4-2022 09:20 AM

selagi umNO perintah Msia jangan mimpi lah masalah wargasing ni selesai.buat masuk lagi ramai lagi ado..
Quote nononcrux 22-4-2022 09:48 AM
eleh dah kena btg idung sndri la tu, kalau tak rakyat report pandang enteng je
Quote FOTHER-MUCKER 22-4-2022 10:06 AM
Export ke negara china tak boleh ke?
Quote naina 22-4-2022 10:14 AM
Tahan dan kumpul semua sekali mak bapak pahtu hantar balik negara
Quote namieamuro 22-4-2022 11:35 AM
moge lg ramai politicians pakai otak dlm isu pati ni. halau balik ke negara dorg
Quote Artemesiaa 22-4-2022 11:45 AM
Baguslah tu elok disegerakan
Quote dua_chzy 22-4-2022 02:39 PM
nononcrux: eleh dah kena btg idung sndri  ...


Yang pandang enteng tu UMNO dan BN yang dah bertapak berpuluh tahun di Sabah siap kasik IC kat puak2 ni.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.049751 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top