CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Dengan Rendah Diri...' - Hans Isaac Bertanding Jawatan Ketua Cabang PKR Ampang

22-4-2022 01:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1573| Komen: 7

Pelakon Datuk Hans Isaac secara rasmi mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Ampang pada pemilihan parti itu Mei ini.

Beliau yang juga Pengarah dan Penerbit Filem berkata, keputusan itu dibuatnya selepas mengambil kira tragedi ‘Langkah Sheraton’ yang telah menggoncang kesetiaan dan kepercayaan rakyat kepada parti itu.


Kredit foto: FB Hans

Menurutnya, PKR Ampang yang selama ini tampil dengan tindakan berani membawa perubahan dinamik terhadap tampuk kepimpinan, terpalit dengan pelbagai skandal dalaman.

“Setelah mendapatkan pandangan keluarga dan rakan seperjuangan dalam PKR, saya dengan rendah diri menawarkan untuk bertanding jawatan Ketua Cabang Keadilan Ampang pada pemilihan parti 2022,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.


Menurut Hans, walaupun aspek ‘seniority’ di pentas politik tidak menjanjikan kecemerlangan, tetapi tidak seharusnya ahli baru dipertikai.

Kata beliau, demi mengekalkan gelombang Keadilan di Ampang, adalah wajar untuk menggamit kembali keyakinan rakyat khasnya di peringkat akar umbi, sekali gus memperjuang serta memperkasa idealisme parti.



“Misi kita adalah jelas dalam memastikan Ampang dipimpin oleh mereka yang berkemampuan membawa PKR kembali dipercayai oleh rakyat,” kata beliau. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 22-4-2022 08:48 AM
jgn jadi spt rakyat di India bila ada artis masuk politik, terus negara xjd apa.. bkn nak ckp laa, tp dah byk contoh sbrnya. selamat mengundi dato!
Quote Nenasketum 22-4-2022 08:59 AM
´pimp’ my ride masuk parti politik lgtb liberal, yahoooo. Dia ni airhead giler
Quote elzy 22-4-2022 09:41 AM
Hurrrmmmm tengok saja apa yg cuba disampaikan kepada warga Ampang..
Quote ainonymous 22-4-2022 09:57 AM
kuasekkkkkk
Quote ezacbee 22-4-2022 10:19 AM
Untunglah org ampang.. retis tau
Quote ashilalat 22-4-2022 10:23 AM
Elokla artis sampah masuk parti sampah semburit.
Quote Pak.dolla 22-4-2022 10:25 AM
Kalau ada calon org islam baik pilih org islam..nanti apa kita nak jwb dkt padang masyar nanti?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.325518 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top