CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pangsapuri Pencakar Langit Paling 'Kurus'

22-4-2022 01:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4569| Komen: 51

Bangunan kediaman pencakar langit paling 'kurus' di dunia. Catatan itu direkodkan Steinway Tower, pangsapuri mewah 84 tingkat di Manhattan, Amerika Syarikat (AS) dengan nisbah ketinggian kepada lebar, melebihi 24:1.


Oddity Central melaporkan, ia pencapaian seni bina yang mengagumkan kerana bangunan itu ketiga tertinggi di Hemisfera Barat, selepas One World Trade Center dengan ketinggian 541 meter (m) dan Menara Central Park (472m).


Kredit foto: CNN/David Sundberg

Tetapi, ia sebenarnya bangunan pencakar langit paling 'kurus' di dunia.

Walaupun setinggi kira-kira 435m, Steinway Tower hanya selebar 60 kaki (18m), sangat 'kurus' sehingga akhbar The Guardian menggelarnya sebagai 'pengacau kopi'.


Kredit foto: Dronalist

Sebagai perbandingan, kelebaran Steinway Tower adalah seperti lorong boling yang panjang.

Walaupun dibina daripada konkrit terkuat di dunia, ia tidak terlepas daripada bergoyang, fenomena yang menjejaskan hampir semua bangunan pencakar langit di dunia.

Jurutera struktur Rowan Williams Davis dan Irwin memberitahu NY Times pada 2015, menara setinggi 304m itu akan bergoyang dari beberapa inci pada keadaan berangin pada hari biasa, kepada dua kaki (0.6m).



Juga dikenali sebagai menara pensel, trend itu menjadi popular pada 1970-an di Hong Kong, tetapi kini menjadi ikutan di AS juga.

Walaupun menawarkan penduduk dengan pemandangan indah persekitaran kota raya, bangunan pencakar langit ini juga boleh menjadi masalah.

Contohnya, menara 432 Park Avenue, yang menjadi bahan berita membabitkan penduduknya.



Pada September 2021, lembaga menara itu menyaman pemaju kerana gagal mereka bentuk dan membina bangunan dengan betul untuk ketinggiannya yang luar biasa.

Ia menyebabkan bunyi dan getaran yang mengganggu penghuni bangunan berkenaan.

Dalam pada itu, Steinway Tower mungkin memegang gelaran pencakar langit paling 'kurus' di dunia, tetapi harga pangsapuri kecil (studio apartment) bermula dengan AS$7.75 juta (kira-kira RM32.71 juta).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 22-4-2022 02:31 AM
Tersedak tgk rega
Quote apalancut 22-4-2022 06:09 AM
tak patah ke ditiup angin.. kuros sangat
Quote mbhcsf 22-4-2022 06:25 AM
Edited by mbhcsf at 22-4-2022 06:27 AM

i risau pulak bila baca : bunyi dan getaran tu menganggu penghuninya

haishh i hope civil engineers depa okay okay je bila design building ni , dah lah swing - satu perkata biasa lah ...i percaya depa dah buat sesuatu kat foundation tu untuk kali gegaran  , bangunan swing is normal bila ditiup angin cume tak sedar je sebab bangunan tu besar ...cuma bila dikatakan ada elemen gangguan bunyi ni ...hmm...interesting.
Quote Decaffeinated 22-4-2022 06:57 AM
dah siap eh? ari tu under construction ingat aku sorang ja dok heran awat bangunan ni mcm pensil

Manhattan ni jalan lurus macam pembaris pun nampak pening berselirat. Kalau jalan dia berbelit2 macam KL tak tau lah macam mana
Quote nononcrux 22-4-2022 09:51 AM
duduk tinggi2 dapat ape?
Quote ninja9 22-4-2022 11:00 AM
tinggal bangunan tinggi paling susah masa kecemasan..
Quote makton 22-4-2022 11:02 AM
seriau nak naik. rasa mcm tak stable je bangunan tu
Quote rmin 22-4-2022 11:04 AM

dapat view cantik,

tak yah tutup pintu balkoni & tingkap..

rumah landed single storey tak dapat bnd2 ni
Quote Artemesiaa 22-4-2022 11:09 AM
Datang taufan pasti membahayakan kalau sekadar angin bertiup kuat pun dah bergoyang
Quote mdhelmi 22-4-2022 02:31 PM
siapa yg naik tingkat paling tinggi sebelum turun lif tekan semua floor
Quote SedihPedih 22-4-2022 02:33 PM
aih..kurus sgt ni.. i is seram
Quote ifanonline 22-4-2022 02:42 PM
andartu tak bleh duduk sini...sebab saiz badan cam tong drum
Quote Dwdrum 22-4-2022 02:50 PM
Tinot7 replied at 21-4-2022 10:31 AM
Tersedak tgk rega

Area situ orang panggil billionaire row
Quote Dwdrum 22-4-2022 02:53 PM
mdhelmi replied at 21-4-2022 10:31 PM
siapa yg naik tingkat paling tinggi sebelum turun lif tekan semua floor

Modern lift perlu tekan 2 or 3 times untuk unlock... Hanya idoits buang masa buat begitu.. Kasihan kepada yang tidak tahu...
Quote dani-rox 22-4-2022 03:03 PM
skinny, rich and little bit of a bitch, bak kata lady gaga

tengoklah pemandangannya menghadap belah mana kan. mujur penjahat2 1mdb jatuh tergolek, kalo idokk haruslah dikorek lagi... beli utk diri sendiri atau utk kaum keluarga ataupun skandal









Quote cmf_PariS 22-4-2022 03:44 PM
kalau tgk depan mata aku pun tanak dok situ.. dh le mahal.. mcm boleh mati anytime je.. huhuhu
Quote Tinot7 22-4-2022 03:52 PM
dani-rox replied at 22-4-2022 03:03 PM
skinny, rich and little bit of a bitch, bak kata lady gaga

tengoklah pemandangannya menghadap bel ...

Cantik la interior..
Quote Simunggu 22-4-2022 03:57 PM
dgn harga mcm tu, ada org biasa di sana mampu beli?
Quote SWORKS27 22-4-2022 03:58 PM
sekali angin ribut topan tiup...nayaaaaa

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057694 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top