CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dah Banyak Yang Kita Buat Untuk Selamatkan Dia' - Rina Nafi Abai Bella

22-4-2022 01:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2618| Komen: 18

Datuk Seri Rina Mohd Harun menafikan beliau dan kementeriannya mengabaikan mangsa seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. 


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, banyak langkah dan tindakan sudah diambil sebelum ini sejak adik Bella ditemui Julai lepas, namun kesejahteraan dan hukuman yang setimpal kepada pelaku ketika ini itu lebih penting. 


Kredit foto: IG Rina

Sehubungan itu, katanya, ada perkara-perkara sebelum ini yang tidak dimaklumkan, namun ia tidak bermaksud pihaknya mengabaikan terus mangsa remaja perempuan tersebut. 


“Saya melihat bahawa ada dakwaan saya dan pihak kementerian ini tak melakukan apa-apa untuk membantu adik Bella, jadi saya nak buat penafianlah. 

“Bermula Julai 2021, apabila pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sendiri mendapat laporan, kita bersama orang awam turut sama membantu membawa adik Bella mendapatkan rawatan di hospital dan seterusnya ditempatkan di tempat yang selamat. 

“Kita telah pun melakukan pelbagai intervensi sebenarnya iaitu menyelamatkan kanak-kanak ini, melucutkan serta-merta hak penjagaan kepada orang yang dituduh itu dan akhirnya melaksanakan penutupan, penyitaan rumah jagaan tersebut serta mengeluarkan kompuan,” katanya kepada pemberita semalam. 

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Khemah dan bantuan Aktiviti Syawal Dirai Bersama KRT Parlimen Titiwangsa, di Dewan Komuniti Desa Pandan, semalam.

Mengulas lanjut, Rina berkata, intervensi yang dijalankan kementeriannya itu bagi memastikan adik Bella berada dalam keadaan yang sejahtera. 

Selain itu, katanya, pihaknya juga telah memperketatkan undang-undang yang berkaitan dengan membuat beberapa pindaan untuk memastikan perkara yang berlaku kepada adik Bella itu tidak berulang lagi. 



“Kita juga berikan bimbingan emosi kepada adik Bella kerana dia agak trauma dulu. Jadi kita perlu adik Bella ini supaya lebih sihat dari segi keadaan fizikalnya, bukan saja dari segi keadaan fizikal tetapi juga emosi. Ini yang telah kita laksanakan.

“Saya mohon maaf selama ini kita tak update sebab kita nak jaga keadaan kesejahteraan adik Bella itu sendiri. Sekarang alhamdulillah dia sudah mula gembira, pandai bergurau senda dan menjalankan aktiviti. 

“Emosi dan keadaan dia sudah semakin baik. Luka-luka juga semakin pulih dan berat badan dia pun sudah semakin meningkat  kerana dia juga mendapat pemakanan yang sihat dan sudah menjalankan aktiviti,” jelasnya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 22-4-2022 03:04 AM
Bukan pic yg first tu pun baru lagi ke? Yg adik Bella tak mesra dgn dia tu sebelum dia g jumpa TMJ, berlariii dia g jumpa adik bella lps TMJ keluarkan sttatement. sbb rasanya tahun lepas dorg tak bungkus lagi kepala dia. N pic ni adik bella dah nampak mcm put on weight jugak dr pic masa mommy sayang jumpa dia kat pintu tu. Ntah lah pening dgn rina harun ni. Pic yg  baru2 tu ofcoz lah lps pic yg tak mesra tu. Mcm tak puas hati jah kena kutuk netizen adik bella tak mesra dgn dia n dia tak sepatutnya bwk org ramai2 dgn camera semua jumpa adik Bella sbb adik Bella masih trauma. Mungkin jugak sbb dia tak puas hati dgn posting Mona din yg jumpa bini TMJ tu, mona din ada sentuh psl tak puas hati lps jumpa rina harun.  Tu yg tiba2 agaknya keluar pic 2021 and 2022 dgn adik Bella, utk membuktikan betapa dia sgt ambil berat tntg adik bella n adik bella pun dah suka dia lol.  Apapun aku tetap happy jugak lah sbb dpt tgk pics terbaru adik bella, senyum pulak tu, lega rasa dia happy.
Quote stingeramdhan 22-4-2022 03:07 AM
Thread dah ada la dugong
Quote Orenn1 22-4-2022 03:35 AM
Nampak mcm rina harun tahu jah org kritik dia, sebut habis segala penjagaan n aktivit adik bella. Kalo dia boleh tahu hrpnya tolong beli aloe vera gel yg terbaikk n sapu kat muka adik bella yg kat parut2 tu hari2, kat leher pun sama. Parut2 lama kat badan kaki tgn pun blh sapu jugak.Lahi satu tak payah bungkus sgt adik bella tu, biar dia pakai t shirt tgn pendek ke, biar luka2 dia tu tak terpekupp berlapiss2 gitu, bagi ruang utk bernafass skit kulit2 dia tu.
Quote tikusmontok 22-4-2022 06:08 AM
Orenn1 replied at 22-4-2022 03:35 AM
Nampak mcm rina harun tahu jah org kritik dia, sebut habis segala penjagaan n aktivit adik bella. Ka ...

Takkan tak tau...penuh maki hamun kat socmed dia..tahan tebalkan muka tu
Quote zidane_ziege 22-4-2022 06:11 AM
tak payah cakap banyak..skrg ni org lagi tau kau buat kerja atau tak..kau tak buat tapi kau banyak ckp lagi org makin menyampah
Quote kitmal 22-4-2022 07:08 AM
Baru nak berkokok..isu lain pun bertimbun tak selesai lagi...memang tak berguna betul
Quote Decaffeinated 22-4-2022 07:31 AM

Dugong pun nak kejar kpi nak cuti raya

Quote Suchi 22-4-2022 08:06 AM
Apasal Bella tu sampai pakai inner lengan bagai?
Luka dia dah ok ke boleh ke pakai bungkus beria2 gitu.
Dia bukan budak sempurna akal sampai perlu dibungkus beria2 tp kalau dia ok je dan nak pakai gitu takpela sbb risau plak kalau luka dia blm sembuh tp rasanya dh lama juga. Parut melecur mmg takleh dihilangkan ke ye?
Quote hanihan16 22-4-2022 10:38 AM
Suchi: Apasal Bella tu sampai pakai i ...


oh, inner lengan ke? i ingatkan balut luka dia belum baik. alahhhaiiii tak payah kot pakaikan dia even baju long sleeves selagi byk unheal wounds
Quote Artemesiaa 22-4-2022 11:16 AM
Kowser melayan zaman ramai suka berlakun ni
Quote glump 22-4-2022 11:54 AM
Menteri nie menjawab persoalan netizen . Jalan kan kerja sbg menteri bukan dok dok tayang Kat media sosial
Quote Orenn1 22-4-2022 03:25 PM
tikusmontok replied at 22-4-2022 06:08 AM
Takkan tak tau...penuh maki hamun kat socmed dia..tahan tebalkan muka tu

Mmg tahu dia tahu tp dia focus sgtt utk imej dia lebih sbb tu dia menjawabb ni, patutnya focus buat keja



Cuma skrg ni aku pikir dia ki menipu ke pasal pic 2021 tu, lps org kritik dia konon dia skrg dia nak bagitahu itu pic lama tp nape baru dikeluarkan lps tmj bersuara n laporan semua mcm baru berlaku. Skrg katanya pic tu dr 2021, takkan taraff menteri sampai sanggop thp menipu gini demi imej. Klu hari tu dia dinak keluarkan video yg ada dlm simpanan lah kononnya takkan dia nak keluarkan video simpanan yg adik bella tak mesra dgn dia huh ntahlahh pompuan ni byk sgtt lakonan dr keja
Quote iena_jr 22-4-2022 03:29 PM
Tmj titah baru gelabah. Dasar menteri tahi cicak unggas
Quote soy_beans 22-4-2022 04:28 PM
Aik. Pic 2021 tu kan yg die bru lawat baru2 ni. Buat hal lg die ni
Quote soy_beans 22-4-2022 04:30 PM
Suchi replied at 22-4-2022 08:06 AM
Apasal Bella tu sampai pakai inner lengan bagai?
Luka dia dah ok ke boleh ke pakai bungkus beria2 g ...

Bukan inner la tu. Pembalut tgn die kot
Quote honeybee1802 22-4-2022 05:01 PM
soy_beans replied at 22-4-2022 04:30 PM
Bukan inner la tu. Pembalut tgn die kot

Tu la aku tu bukan inner...sbb mcm material stoking medical tu...kwsn tangannya tgk yg ms dia kt ward masij berbalut lg...ada sisa2 lg kot..
Quote Lolalala 23-4-2022 12:41 AM
Suchi replied at 22-4-2022 08:06 AM
Apasal Bella tu sampai pakai inner lengan bagai?
Luka dia dah ok ke boleh ke pakai bungkus beria2 g ...

Nak elakkan dia menggaru sampai luka kot. Nampak mcm dia suka garu². Luka nak elok kan gatal
Quote likilu 23-4-2022 04:04 AM
Mesti bella pun terkejut, dulu besar sekarang sederhana

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.215618 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top