CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Love At First Sight’, Cinta Baru Mimi Fly Jejaka Berkulit Gelap

22-4-2022 12:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2222| Komen: 2

Walaupun pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga, namun penyanyi Mimi Fly tidak pernah menutup hatinya untuk menerima cinta baharu.


Mengakui hatinya sudah dimiliki, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 36, berkata dia kini dalam fasa mengenali hati budi seorang doktor pakar ortopedik yang berasal dari Amerika Syarikat.

Kredit foto: IG Mimi

“Saya dah jumpa (cinta baru) tapi dia jauh. Dia seorang doktor yang menetap di Amerika Syarikat dan jejaka berkulit gelap. Kami dalam fasa mengenali hati masing-masing.

“Saya berasa sangat gembira sekarang dan sanggup tunggu yang ini, kalau ada jodoh… mungkin jadi (kahwin),” kata Mimi kepada Media Hiburan.


Bercerita detik perkenalannya dengan jejaka tersebut, Mimi mengibaratkan percintaan mereka seperti jatuh cinta pandang pertama ketika masing-masing secara kebetulan bercuti di tempat yang sama.

“Sebenarnya saya jumpa dia di Malaysia dua tahun lalu ketika kami kebetulan masing-masing bercuti di tempat yang sama.

“Kami saling berpandangan dan dua-dua seperti ‘love at first sight’ dan daripada situ kami mula berkawan.

“Saya gembira dapat kenal dengan dia dan si dia pun begitu.  Sebenarnya, ini kebahagiaan yang saya cari.

“Setiap wanita layak untuk jumpa dengan orang yang mampu membuatkan kita sering rasa nak improve diri ke arah lebih baik dan dapat maju ke hadapan,” katanya lagi.


Kredit foto: IG Mimi

Pernah mempunyai pengalaman bercinta dengan jejaka bangsa asing sebelum ini, Mimi berkata kedua ibu bapanya menyerahkan soal hati dan jodoh seratu peratus kepada dirinya.

“Ibu bapa tidak kisah, mereka hanya nak lihat saya bahagia dengan pilihan hidup saya.

“Saya pun tidak kisah dengan persepsi orang luar (bercinta dengan lelaki kulit hitam),” katanya.

Mimi yang terkenal dengan julukan ‘Rihanna Malaysia’ ini pernah berkahwin dengan bekas pengurusnya Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun bercerai dua tahun kemudian.

Selepas itu, dia pernah bercinta dengan jejaka dari Mesir pada 2018 namun hubungan itu terlerai di tengah jalan.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 22-4-2022 12:24 PM
Kena hati2 lah. Takut scammers je.

Masa I di US dulu,Ada sorang msian ni. kawin dengan doktor black. Selalu aje bergaduh dengan husband dia. pastu husband dia tu kaki pukul. selamba aje keluar masuk lockup bila wife buat aduan abuse. I pun tak tahan bila wife dia selalu aje mengadu dan lari kat rumah I bila bergaduh. lama2 I pun pindah state. Sekarang ni tak tahu apa jadi dengan msian ni.
Quote Nenasketum 22-4-2022 12:51 PM
Jangan end up duduk di penjara di Venezuela yerk. Drug mule memang permainan depa.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.028834 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top