CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Terima Je, Takkan Nak Tanya Kenapa Bagi, '-Gayathri Tak Tahu Kenapa Zul Ariffin Bagi Range Rover

21-4-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 992| Komen: 2

“Sempena apa kereta itu? Saya rasa lebih baik tanya Zul sebab dia yang bagi, saya terima saja.”

Demikian respons penerbit terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai berhubung hadiah istimewa berupa sebuah kereta utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover yang dihadiahkan aktor popular, Zul Ariffin.


Menurut Gayatri yang mengakui terkejut dengan hadiah mewah tersebut, kenderaan mewah berwarna hitam yang diterimanya itu dihantar sendiri Zul pada hari Selasa (kelmarin) lalu.

Foto: IG

“Saya tidak tanya pun hadiah tersebut sempena apa. Takkan saya nak tanya dia, kenapa beri hadiah?

“Mungkin untuk ulang tahun kelahiran sebelum ini. Memang terkejut,” jawabnya.

Gayatri mengulas isu tersebut kepada media ketika ditemui pada majlis sidang media filem Bunga dan Kayu di The Chateu, Bukit Tinggi, Pahang.




Mengulas mengenai mesej di sebalik nombor plat kereta tersebut, Gayatri meminta untuk bertanya kepada Zul sendiri.

“Itu hanya nombor plat tetapi cantik kan? Jika menurut kepercayaan masyarakat Cina, nombor itu membawa maksud panjang umur.

“Lebih baik semua itu tanya pada Zul sendiri,” katanya lagi.



Enggan mengulas lanjut mengenai hubungan baiknya dengan pelakon filem Sangkar itu yang sering disalah tafsir umum, dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan segala khabar angin tersebut.

“Sejujurnya, saya ini seorang produser dan cerita mengenai saya tidaklah menarik untuk dikongsi.

“Sudah 10 tahun saya mengenali Zul, macam-macam spekulasi dan hinaan diterima. Bagi saya, biarlah orang membuat andaian, jika ada, adalah (jodoh),” ujarnya.


Semalam, Gayatri memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia teruja menerima sebuah hadiah berupa kereta daripada Zul. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote akuchenta 21-4-2022 05:24 PM
Bagi ada makna tu... Xkan sesaje je bagi hadiah mahal
Quote LostStar 21-4-2022 04:25 PM
hadiah ke mak mungkin.. sbb mak banyak jaga zulripin.. jd dia cukop bterima kasih..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.093094 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top