CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Juliana Evans Setuju Kerabat Diraja, Golongan Berpengaruh Bersuara Tentang Isu Bella Dan Bainun

21-4-2022 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1688| Komen: 6

Memegang tanggungjawab besar sebagai selebriti yang berkahwin dengan kerabat diraja, Che’ Puan Juliana Evans menegaskan adalah penting untuk golongan itu bersuara tentang isu adik Bella yang menjadi tumpuan seluruh negara.


Kata pemilik nama lengkap Juliana Sophie Johari Evans itu, setiap manusia tidak mengira pangkat atau darjat mempunyai empati termasuk dirinya dan apa yang terjadi terhadap kanak-kanak kelainan upaya (OKU) sindrom Down itu sangat merobek hatinya.


Foto: IG

“Kita semua manusia dan mempunyai rasa empati dan simpati. Sangat penting untuk golongan kerabat yang juga mempunyai pengaruh dan terkenal untuk cakna dengan apa yang sedang berlaku sekarang.


“Lagi-lagi saya pun dah ada anak sekarang, saya sangat sensitif apabila melibatkan kanak-kanak. Penting untuk suarakan pendapat tidak kiralah golongan kerabat atau sesiapa yang mempunyai pengaruh supaya apa yang patut disuarakan sampai kepada orang yang lebih ramai,” katanya kepada Kosmo! Online.



Pelakon filem KAMI The Movie itu ditemui pada majlis tayangan perdana program raya Awesome TV 2022 di ibu negara semalam.

Juliana, 33, berasa lega kerana Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menyuarakan pendapat mereka tentang isu berkenaan.

“Alhamdulillah, Johor dah masuk campur tentang kes Bella dan saya sangat-sangat lega kerana saya tahu yang mereka mempunyai hati yang sangat murni.

“Benda-benda sebegini saya pasti mereka akan cuba sehabis baik untuk selesaikannya,” ujarnya.



Sebagai seorang yang berpengaruh, Juliana tidak menafikan banyak perkara yang ingin dilakukan melibatkan banyak perkara namun getusnya, paling penting adalah suara daripada golongan berpengaruh tentang sesuatu permasalahan.

“Kalau boleh saya nak buat lebih banyak lagi. Banyak perkara yang berlaku sekarang ini. Saya nak tolong golongan kanak-kanak, orang tua dan macam-macam.

“Saya pun pasti ramai yang begitu tetapi kadang-kadang, ada halangan sana sini tapi apa yang boleh kita lakukan adalah suarakan pendapat dan timbulkan kesedaran. Itu yang saya buat dari semasa ke semasa.


“Saya pun baca (kes Bella) hari-hari, saya pun sangat terkesan. Saya pun menangis hari-hari tengok video yang dikongsi tentang banjir, peperangan atau penderaan.

“Jadi, pandangan saya sekali lagi amat penting untuk orang terkenal dan berpengaruh suarakan pendapat mereka supaya kesedaran sampai kepada masyarakat,” jelasnya.



Sekadar info, Juliana berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017 dan hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan seorang puteri bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia 3 tahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 21-4-2022 04:11 PM
ye dop nanges hari2.....
kemahennn ayat..
#doneburuksangka
Quote Zeatyisaac 22-4-2022 10:09 PM
Husband dia cousin TMJ kan?
Quote OnionAuntie 23-4-2022 02:24 AM
Setakat setuju je x bwk ape2 perubahan pun..
.
Quote makcun14 23-4-2022 03:00 AM
Laki dia bukan bakalan sultan pun. Sembang macam satu hari nanti akan naik takhta dijulang orang akan letak foto sheols sebesar alam kat premis niaga.
Quote SpyLeman 23-4-2022 03:40 AM
Sbb TMJ tu cousin laki ko, blh la sembang. Ko apa jer blh buat selain jd tai tai. Dok rumah, x pyh masuk dapur. Silap2 mesin air cuckoo pon ko tak tau ada ke tak kt umah. Harus laaa minum Aqua Panna dan Evian kannnn
Quote mawarkhayalan99 23-4-2022 11:07 AM
Preggy ke sheols haritu tengok gambar macam bunting

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.114083 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top