CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Fikir Lelaki Lain- Shakila Khoriri Pujuk Nak Rujuk Kembali, Sampai Sekarang Fizi Ali Diam Je

21-4-2022 03:20 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9759| Komen: 34|Original author: Saiful

Shakila Khoriri mengaku pernah memujuk bekas suaminya, Fizi Ali untuk rujuk kembali,

Namun katanya Fizi sampai sekarang tak ada beri kata putus.



Foto: IG

"Kalau boleh saya nak hidup kembali dengan Fizi walaupun ia agak sukar mungkin di pihak Fizi. Bagi wanita, mungkin boleh mudah memaafkan dan ingin cuba memperbaiki hubungan menjadi lebih baik.

"Tapi saya tak tahu apa yang difikirkan dan perancangannya buat masa ini tapi saya dapat rasakan dia perlukan masa. Mungkin dia tidak mahu kalau kami kembali (merujuk) akan timbul masalah baru ataupun berdepan isu yang sama.





"Walaupun ramai yang memujuk untuk kembali bersama demi anak tapi anak-anak ini akan membesar dan dia akan ada kehidupannya sendiri nanti. Takkanlah kita nak hidup dengan seseorang yang tak boleh bersama kita lagi.

"Benda ini sangat sulit. Kalau Allah sudah tetapkan hubungan saya dan Fizi hanya sekadar kawan saja, saya reda. Tapi andai kata dua atau tiga tahun nanti Dia jodohkan semula dan sayang itu masih kuat... saya tidak akan menolak," katanya kepada Harian Metro.



Tambah Shakila dia terkilan bila ada yang bertanya bila nak tamatkan zaman janda sedangkan hatinya masih bersedih.

"Bagi saya, pertanyaan ini sangat keterlaluan. Janganlah terlalu berterus terang sebab saya pun masih bersedih, cuma tidaklah nak cakap saya sedih 24 jam.

"Ibaratnya hari ini saya menangis sepuas-puasnya, esok saya kena bangun dengan keadaan baru. Benda dah pun terjadi dan saya kena 'move on' dengan takdir yang Allah tentukan.




"Saya memang tiada perancangan, lebih-lebih fasal jodoh sebab saya ada anak perempuan. Kalau ada jodoh dengan orang lain, macam-macam benda saya kena fikir. Tapi saya tidak menolak perancangan Allah.

"Bagi saya, dalam tempoh dua hingga empat tahun ini saya tidak terfikir untuk berjumpa atau mengenali mana-mana lelaki selain Fizi. Saya nak fokus dengan kerja dan pastikan saya sihat."

Kenapa Fizi tak nak rujuk kembali tu? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 21-4-2022 03:25 PM
Aritu nampak mcm fizi yg taknak cerai. Ni kila plak beriye nak rujuk.
Quote jiwakacau06 21-4-2022 03:41 PM
bgus nya dulu bercerai xcrta sbb apa...nk rujuk pn xda malu sangat...
i hrap diaorang rujuk blik...sbb masing2 sayang...
Quote orkidorkido 21-4-2022 03:46 PM
Yelah, semoga ada peluang rujuk kembali. Salah sikit sikit tu, ambil pengajaran. Start fresh. Kesian anak masih kecil, letih anak asyik nak berulang rumah sana rumah sini .. boleh burnout budak.
Quote MISZZZ 21-4-2022 03:51 PM
moga ada rezeki daddy dan mimi ameena bersatu semula, aku berkenan sungguh tengok ameena ni, comel + cantik sangat
Quote manehnya 21-4-2022 03:52 PM
pulak.... bkn dia dah ada gf ke
Quote pearl.silver 21-4-2022 03:58 PM
Aik
Ingatkn dulu kila yg xnk rujuk ngn fizi
Ni fizi dah ada gf susah la nk rujuk
Quote Cintakapuri 21-4-2022 04:00 PM
Ot jap, i je ke yg x suka org post kat ig tp caption tu panjang naw2 macam novel picisan hahahahadoiilaaa
Quote nononcrux 21-4-2022 04:16 PM
boring cerai rujuk cerai rujuk, takde isu lain ke retis sendu
Quote anony-mous 21-4-2022 04:19 PM
Dlu merajuk marah sgt kot. Ni dah hilang marah mula lah rindu
Quote Normabaru 21-4-2022 04:20 PM
Hahahaha panjang caption...air dah penuh ke

Kalau kaka jd kila xde nye nk harap blk..

Move on jela kila oiii...hidup ni bukan stakat kena blaki
Quote jiwakacau06 21-4-2022 04:31 PM
pearl.silver replied at 21-4-2022 03:58 PM
Aik
Ingatkn dulu kila yg xnk rujuk ngn fizi
Ni fizi dah ada gf susah la nk rujuk

siapa gf baru dia...xsgka cpt btl move on..xpadan nangis2 kt konti...
tp geng suria suka bahan fizi...syg bini tinggal- tinggal kan
Quote stania83 21-4-2022 05:04 PM
kila ramai lagi lelaki lain yg berkualiti..awak pon cantik..
Quote takayama 21-4-2022 05:31 PM
konpius kaka
hr tu bukan kata kila ni xnak rujuk tp sekrg lain plk nadanya
apa pun hrp semuanya baik2
Quote doubleA 21-4-2022 05:40 PM
Lah ingatkan kila yg taknak dulu. Macam main kawen cerai pulak, bila dah cool semua nak kawen balik ehh
Quote ashilalat 21-4-2022 05:44 PM
Gayah ke?
Quote miszclassique 21-4-2022 06:53 PM
Sebab tu nak cerai kena fikir panjang, ni bukan zaman couple putus pastu couple balik...
Quote she 21-4-2022 07:10 PM
Ubah ler perangai awok tu dulu
Bercakap bersembur2
Bergurau dengan laki pun aku kau
Siap dicarutkan lagi
Dari dulu orang menegur adab bergurau dengan laki
Kemain ekau bongkak
Elok ler Fizi tu diam
Betul lah cakap Suraya tu ekau memang bini tak helok
Tidak idok ler geng stesen support Fizi
Quote Lily_Elizabeth_ 21-4-2022 07:30 PM
Tak xe orang nak sama Kila kut. Hehe. Ambil balik piji ali.
Quote anony-mous 21-4-2022 07:36 PM
she replied at 21-4-2022 07:10 PM
Ubah ler perangai awok tu dulu
Bercakap bersembur2
Bergurau dengan laki pun aku kau

She sejenis ain edruce ke? Dulu masa cerai ramai porumer bekap piji n ckp piji yg kasar dgn kila ni

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.244710 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top