CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelanggan Bukan Islam Kena "Jeling" Dengan Staf Restoran Sebab Makan Siang Di Bulan Ramadan

21-4-2022 03:57 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2216| Komen: 9|Original author: Agent13k.

Di bulan ramadan yang mulia ini, semua orang tahu bahawa umat islam tidak boleh makan dan minum sehingglah waktu berbuka, tetapi untuk orang bukan islam, tiada larangan bagi mereka untuk makan ataupun minum di restoran ataupun di tempat lain.

kredit foto: TikTok


Ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri rupa orang melayu itu mahu makan di sebuah restoran makanan segera tetapi dia dipandang pelik oleh staf di restoran itu apabila mereka menganggap dia tidak berpuasa.



kredit foto: TiKTok


Difahamkan, lelaki itu beritahu di dalam komen video tersebut bahawa dia adalah orang siam kedah dan bukannya orang melayu ataupun islam. Tambahan pula, dia mendapat komen video dari salah seorang staf dari restoran untuk memohon maaf atas kekeliruan dari mereka.

kredit foto: TikTok

Menjengah di komen video itu pula ramai meminta lelaki itu bersabar dan ada yang memberikan cadangan untuk tunjuk IC dulu sebelum membeli makanan pada bulan puasa. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 21-4-2022 07:58 PM
Boleh je tunjuk ic. Tapi tu lah...sebab nak buat content kan...teruskan saja lah.


Ramai je yang macam tu...bukan sorang dua...tapi beribu kot. Cuma mereka tak jadikan content
Quote whimsicalmusic 21-4-2022 08:02 PM
Ramai sgt org yg keje restoren especially fast food ni yg jeling2..amek video cust senyap2 instead of tnya or tegur direct..tao nk viralkn je..mcm vid kt burger king tu..org tu bkn duduk mkn kt dpn pintu pn..da tersorok..gigih jgk viralkan..iman tu tipis sgt ke yg tgk org mkn xtahan puasa?
Quote Tembikaigoreng 21-4-2022 08:13 PM
Mana video kau kena jeling?
Quote Adrif 22-4-2022 01:13 AM
syioknye content

teringat staff kami hampir2 deny customers yang nak makan siang hari waktu puasa.
memang kalau ikutkan takleh serve makanan to muslim di siang hari.
unless perempuan yang bungkus makanan, husnuzon sajer, period mungkin.

aku pegi check, satu family singh. non muslim
boleh pulak staff aku kata nampak cam melayu islam.
Quote Kitty_catz 22-4-2022 08:46 AM
naper hanat sangat nii..? acamner nak keja petik buat kat ostolia ni?

or keja kutip sampah kat singaporkkk
Quote ainonymous 22-4-2022 10:01 AM
emm konten! nexttt
Quote copy_paste 22-4-2022 10:25 AM
konten rupenye, org skrg ni x mcm dulu2,
skrg ni x pelik dah kalau ada melayu makan masa bulan puasa, minum arak,buat maksiat, x salah pun sbb x terikat dengan hukum agama,
Quote achinto 22-4-2022 12:05 PM
teringat cerita kawan i lelaki, non-Muslim tapi muka melayu, kulit sawo matang. time bulan puasa pegi makan kat kedai, kena sindir2 pekerja kat situ

"eleh, orang lain pun tak puasa tapi takdelah makan depan orang"
Quote nakkomenjugak 25-4-2022 01:56 PM
Halah2
Bosan hakuuuu laaaa
Baru belajar puasa keeee korang2 ni punnnn
Yang lagi 11 bulan tu tak pernah melantakkkk mukbang mentekedarah
keeeee??
Baru 1 bulan puasa nyaaaa, dah terliur tengok orang lain makan
Camneeee ni kalau travel obersi bulan2 puasa?
Nak suruh deme respect ko sorang? Makan hujung2 corner?
Tulaaa dugaan namanya
Ughhhhh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.114594 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top