"Memang saya dah tutup buku untuk berkasih atau apa-apa saja," kata penyanyi Afieq Shazwan, 25, mengulas hubungannya dengan bekas kekasih yang juga penyanyi, Wani Kayrie.
Bagaimanapun, mereka kekal berkawan dan Afieq menyifatkan, sebagai manusia masing-masing tidak dapat lari dari kesilapan. "Saya pun ada silap saya juga. Kami pun dah bersemuka. Saya beritahu dia apa silap masing-masing dan dia pun terima dua-dua ada salah. "Kami juga tak tahu salah siapa. Jadi, saya yang putuskan kami hanya berkawan saja. Ikutkan saya tak kisah nak dedahkan yang kami bercinta sebelum ini tapi dia yang minta rahsiakan. Terserah pada masing-masing kalau kata itu punca orang lain kacau daun," katanya berkenaan hubungan cinta yang mula berputik pada 2018 dan berakhir tahun lalu.
Afieq berkata, kesilapan yang dilakukan Wanie terhadapnya mungkin boleh diterima orang lain, namun dia agak sukar menerimanya.
|
hanihan16 replied at 21-4-2022 03:03 PM
eh ingatkan wani ni pakai tudung. yg pakai tudung tu wani mana pulak. anyway, muka handsome, suara s ...
hanihan16 replied at 21-4-2022 07:03 AM
eh ingatkan wani ni pakai tudung. yg pakai tudung tu wani mana pulak. anyway, muka handsome, suara s ...
hanihan16 replied at 21-4-2022 07:03 AM
eh ingatkan wani ni pakai tudung. yg pakai tudung tu wani mana pulak. anyway, muka handsome, suara s ...
Themilo replied at 21-4-2022 02:10 PM
kau bercinta dengan akak je la dekkk... biar @Kurex jeles yihh..
babyorange replied at 21-4-2022 04:12 PM
Ape la kesnye tu smp melibatkan kuarga. Wani x respek kuarga afiq ke?
ADVERTISEMENT