CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Termasuk Bayi Maut Rumah Terbakar, Ibu Bapa Tengah Sahur Di Tingkat Bawah

21-4-2022 01:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2265| Komen: 19

Seri Iskandar: Dua beradik termasuk bayi tujuh bulan maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, di sini, hari ini.

Pada kejadian 5 pagi itu, mangsa, Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 4, dan adik perempuannya, Nor Fahmia berusia tujuh bulan maut dipercayai sesak nafas.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika dua beradik berkenaan ditinggalkan di tingkat dua bangunan sementara ibu bapanya dipercayai sedang bersahur di tingkat bawah.


Foto: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, ketika kejadian, dua beradik itu terperangkap di dalam sebuah bilik di rumah kedai berkenaan.


"Dua beradik itu berjaya dibawa keluar anggota bomba dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata pada tubuh badan mereka.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati, lokasi kebakaran adalah bangunan kedai makan tiga tingkat yang mana tingkat bawah adalah restoran tomyam, manakala tingkat dua dijadikan tempat tinggal pekerja dan tingkat ketiga kosong.

Katanya, kebakaran berlaku di tingkat dua yang dilengkapi dua bilik yang menjadi tempat tinggal pekerja kedai.

"Ketika kejadian, hanya dua kanak-kanak itu di tingkat dua, manakala ibu bapa dan pekerja lain berada di tingkat bawah, sedang bersahur.

"Kedua-dua mangsa adalah anak kepada pemilik restoran berkenaan. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca kematian mangsa," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-4-2022 01:33 PM
Takziah buat keluarga mangsa
Quote mejaputih 21-4-2022 01:39 PM
takziah..sedihnya...camne boleh start kebakaran tu...ingat ke dari restoren tingkat bawah...
Quote DayangKirana 21-4-2022 01:52 PM
mati sesak nafas.. aduh..kesian.
takziah.
Quote monreyes 21-4-2022 01:57 PM
sedihnya...m
Quote darkness 21-4-2022 02:10 PM
Ya Allah..siannya..meraung
Quote ninnamina 21-4-2022 02:10 PM
takziah utk ahli keluarga ni..sedihnyaa
Quote bakingsoda 21-4-2022 02:23 PM
takziah parents anak2syurga ni. simple nama anak, fahmi & fahmia
Quote enchantedlurve 21-4-2022 02:29 PM
Allahu. dh la nk raya ni.. sedihnya..

Semoga ibu & ayah kuat..
Quote enchantedlurve 21-4-2022 02:29 PM
Allahu. dh la nk raya ni.. sedihnya..

Semoga ibu & ayah kuat..
Quote manehnya 21-4-2022 02:56 PM
benda dh nk jadi...
Quote Emilyyyyy 21-4-2022 03:02 PM
Dugaan mak ayah..Kurang 2 minggu nak raya..
Quote syamzana 21-4-2022 03:11 PM
Innalillah...takziah pada kedua ibubapa arwah.
sedihnya anak2 beso tu keletah depa mesti maknya teringat2 nanti.
Quote Nenolen 21-4-2022 03:12 PM
Allahu...tak terkata acik...salam takziah buat keluarga arwah...
Quote Decaffeinated 21-4-2022 06:40 PM
pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata pada tubuh badan mereka.

hopefully bukan painful death

Takziah
Quote rosmahisham 21-4-2022 11:57 PM
Sedih nya baca..ank2 syurga..semoga mak bpk kuat..mesti rasa x nk dh niaga kat situ..trauma.
Quote cap_ayam 22-4-2022 04:20 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote stingeramdhan 22-4-2022 05:27 AM
Decaffeinated replied at 21-4-2022 06:40 PM
hopefully bukan painful death

Takziah

Anak jiran aku yg 3 tahun kata...umur semuda sebegitu...malaikat serta pari pari menjaga.....ajal iteww aja malaikat tak boleh nak bantu utk elakkheun....
Quote Nnasda53 22-4-2022 10:21 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Semoga ibu bapa nya tabah.
Amik ikhtibar jangan tinggalkan anak2 kecil sendirian di rumah.
Quote Suchi 22-4-2022 02:53 PM
Serentak hilang anak sepasang lak tu.
Maknya sampai bengkak susu dah sbb yg baby tu masih menyusu badan

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.043143 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top