Fedtri Yahya kurang senang dengan segelintir penyanyi yang diundang untuk membuat persembahan pada majlis berbuka puas.
Pengacara dan penulis lirik terkenal ini meminta golongan itu supaya menghormati golongan anak-anak yatim dan tahfiz. Melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Fedtri menceritakan dia pernah melihat sendiri kelakuan penyanyi yang mengajak anak-anak yatim dan tahfiz ini untuk berjoget bersama mereka di atas pentas sebaik sahaja kanak-kanak ini selesai menunaikan solat Maghrib. "Sekarang dah banyak aktiviti buka puasa yang panggil anak yatim, anak-anak tahfiz, dan terkejut saya bila mana pernah berlaku, ada persembahan di pentas lepas berbuka, lepas solat Maghrib, ada yang menyanyi lagu raya, berjoget.
Tapi yang paling terkejut bila orang yang menyanyi tu panggil pulak anak-anak yatim dan tahfiz yang baru lepas balik surau untuk berjoget melompat bersama." Fedtri kata tiada keperluan untuk mengajak anak-anak yatim dan tahfiz ini untuk berjoget bersama kerana perbuatan tersebut jelas tidak manis dan akan menjejaskan nama baik mereka. Dia juga menasihatkan penyanyi yang diundang perlulah menjaga adab mereka supaya tindakan yang dianggap mengaibkan itu tidak terkena pada diri sendiri.
|
ADVERTISEMENT