Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup terkenal dengan lagu-lagi hari raya antaranya Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan Anugerah Aidilfitri.
Enam tahun sepi tanya sebarang lagu khas sempena Aidilfitri, penghibur yang mesra disapa sebagai Tokti itu kembali memeriahkan sambutan pada tahun ini menerusi lagu Lip Lap Raya.
Menerusi laporan Getaran, lagu baharu nyanyian Tokti itu mendapat hasil sentuhan daripada Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan.
Susunan muzik menyelitkan beberapa unsur tradisional seperti inang, canggung serta dikir barat selain lirik mengisahkan kehidupan semasa ketika masyarakat berhadapan dengan pandemik.
Menurut Tokti, dia berharap lagu berkenaan akan melekat di jiwa pendengar apatah lagi bukan mudah bagi lagu baharu berkisarkan hari raya untuk diterima sekali gus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
"Saya gembira berpeluang merakamkan lagu Lip Lap Raya seterusnya menambahnya dalam senarai lagu-lagu hari raya nyanyian saya.
"Saya berharap lagu ini akan menjadi salah satu lagu malar segar suatu hari nanti," katanya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
iols baru dengar sekali pastu malas nak dengar lagi vokal tokti kalau lagu2 gini macam ada yang tak kena je dipendengaran meols, seakan2 nyaring yang ada kahak di anak tekak sebegitu yihh. Namun zoners menten memuja muji bagai yach kowser
Sorry iolss tergelak part liplap liplap tu
Pastu part yg raikan hari hari rayaaaa hahahahaa. Iolss nak jd pengkritik tak bertauliah nak ckp lirik dgn muzik tak ngam
Ct ni mmg mana trending dia akan tumpang buat sekali.. Aku tgk dh vibe lagu si raya iman troye gak... Bbnu gitew... Org2 yg tgh hype semua dia duet...hafiz ke, chakra khan ke.. Judika ke... Sesapa laa.. Time music world yassin.. Dia wat lagu ayie makan tu.. Mcm tu laa formula she is kekal relevan..
yes, betul tu. Bak kata sangdewi, industri muzik ni kita kena cepat. Kalau lambat nanti kita ketinggalan. Sebab tu sheols cecepat amik peluang collab dengan retis baru atau tengah in untuk kekalkan kerelevenan sheols dalam industri. Siti Nurhaliza adalah satu jenama besar. Sapa je taknak kan. Sama la konsep yang diguna pakai kompeni2 gergasi untuk kekal relevan dalam industri memasing. Ada ke orang taknak collab dengan Tesla, Apple etc? Agittew.
Yihhhh rengsa yacch dgn lagu2 raya urban acah2 nak menarik perhatian bbnus kpopers. Layak diludah muzik2 try hard mcm ni. Samalah dgn lagu shila feat org gila tu