CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syafiq Farhain Mengaku Dah Kahwin Dengan Pengurus, Tak Berniat Untuk Rahsiakan

22-4-2022 01:54 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7382| Komen: 35|Original author: Tatod


Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku iaitu Syafiq Farhain akhirnya mengesahkan desas-desus yang sebelum ini mengatakan dia sudah pun menamatkan zaman bujangnya.

Penghibur yang juga bekerja sebagai anggota bomba itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya yang berasal dari Terengganu serta menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan perkara terbabit.

Memetik laporan media tempatan, pemuda berusia 28 tahun itu tidak berkongsi kepada umum namun akan mengakuinya apabila ada individu yang bertanyakan kesahihan berita berkenaan.



"Memang benar saya sudah berkahwin dan tidak ada niat untuk rahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang ramai. Bagaimanapun, kalau ada yang bertanya saya akan beritahu.

"Setakat ini, saya hanya boleh kongsikan yang saya berkahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis tersebut berlangsung di Terengganu," katanya yang enggan memperincikan perkahwinannya.

Bagaimanapun, kata Syafiq, individu yang rapat dengannya mengetahui perkara tersebut cuma tidak dihebahkan kepada umum. 


Anak kepada Allahyarham Saleem turut menafikan keputusannya untuk tidak berkongsi perkara tersebut kepada orang ramai bukanlah kerana bimbangkan perkara tersebut bakal mengganggu kerjayanya.

"Bukan tak nak dedah tapi tunggu masa sesuai saya akan ceritakan dengan lebih terperinci," katanya. - CARI

Sumber Mstar & Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 21-4-2022 11:30 PM
tak kenal. masa baca nama i terpk anak SM salim
Quote hyie 21-4-2022 11:40 PM
of coz dia kena tunggu lampu hijau daripada label dia sebelum umumkan. So. ok je. Tahniah uols. Dahla sedap tiber
Quote slyfynx 22-4-2022 12:20 AM
Menghebahkan nikah tu wajib de, x nk bg ade fitnah.
Tu sbb org buat kenduri, nk bg tau dah nikah.
Menghebahkan pregnant tu x wajib, yg tu orang tergedik2 lak nk upload UPT,
Walaupun ko dah bg kene urine sendiri. x paham de aku
Quote tatod 22-4-2022 01:54 AM


Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Maafkan Aku iaitu Syafiq Farhain akhirnya mengesahkan desas-desus yang sebelum ini mengatakan dia sudah pun menamatkan zaman bujangnya.


Penghibur yang juga bekerja sebagai anggota bomba itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya yang berasal dari Terengganu serta menjelaskan dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan perkara terbabit.


Memetik laporan media tempatan, pemuda berusia 28 tahun itu tidak berkongsi kepada umum namun akan mengakuinya apabila ada individu yang bertanyakan kesahihan berita berkenaan.


[ig]https://www.instagram.com/p/CcXzeCpreug/[/ig]


"Memang benar saya sudah berkahwin dan tidak ada niat untuk rahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang ramai. Bagaimanapun, kalau ada yang bertanya saya akan beritahu.


"Setakat ini, saya hanya boleh kongsikan yang saya berkahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Majlis tersebut berlangsung di Terengganu," katanya yang enggan memperincikan perkahwinannya.


Bagaimanapun, kata Syafiq, individu yang rapat dengannya mengetahui perkara tersebut cuma tidak dihebahkan kepada umum.



[ig]https://www.instagram.com/p/CHU2y09FMKH/[/ig]


Anak kepada Allahyarham Saleem turut menafikan keputusannya untuk tidak berkongsi perkara tersebut kepada orang ramai bukanlah kerana bimbangkan perkara tersebut bakal mengganggu kerjayanya.


"Bukan tak nak dedah tapi tunggu masa sesuai saya akan ceritakan dengan lebih terperinci," katanya. - CARI



Sumber Mstar & Media Hiburan




Quote holothurian 22-4-2022 02:12 AM
Edited by holothurian at 22-4-2022 02:23 AM

hokey, tahniah..
Quote whimsicalmusic 22-4-2022 07:03 AM
Tak berniat rahsiakan? Hr tu individu (wartawan) tanya die xnk iya kan..hot stuff sgt ke smpai xnak mengaku
Quote kitmal 22-4-2022 07:11 AM
Bila dah kantoi baru tak berniat tak nak berahsia,,
Quote kepompong 22-4-2022 07:12 AM
aritu ada terbaca thread ni … yg reply 2 je (termasuk i) nampk sgt sendu frozen sjuk beku
Quote Aneem 22-4-2022 07:12 AM
Share story sbb nak upkan nama yg suam kuku?
Quote Fly_over 22-4-2022 07:17 AM
iols baca tajuk je.: mls nk baca. gambar bini xde ke?
Quote makton 22-4-2022 07:37 AM
ada gambar, ada serba sedikit info pasal dia. tp haram aku tak kenal dia sape.

sorry dik.
Quote bulalof 22-4-2022 07:39 AM
entah hapa2. dah kawin x ngaku. kalau bercinta mengaku pulak tanpa ada hubungan halal.
Quote salimrock 22-4-2022 07:49 AM
dia kan bomba .... ke dah jadi artis separuh masa?
Quote slyfynx 22-4-2022 07:50 AM
"Saya suda bernikah" Syafiq

Thread dah ade daaaa
Quote Suchi 22-4-2022 07:56 AM
Takde gambo bini dia ke? Maybe dah ngandung kot so takkan nak sorok.

Tapi takleh lawan la halim othman simpan rahsia sampai 27 tahun!
Sampaikan kawan baik dia sendiri linda onn ngn kudsia kahar pun taktau apa2.
Gigih iols tgk dorang live aritu, halim cakap dia rasa lega sangat bila dah tak perlu berahsia.
Quote missHaidiD 22-4-2022 08:05 AM
Suchi replied at 22-4-2022 07:56 AM
Takde gambo bini dia ke? Maybe dah ngandung kot so takkan nak sorok.

Tapi takleh lawan la halim oth ...

Kisah halim iols tak follow sb dia biarkan ank berbinti abdullah kalau betollah tu bkn ank culculator. Mmg bapak yg terok. Dia tak tau ke bin atau binti ke nama ayah tu smpai dekt syurga sana. Nama tu akan kekal selama2nya.
Tp ank ko binti abdullah. Smpai kt sana la ko takde ank bin atau bintikan nama ko
Quote Suchi 22-4-2022 08:11 AM
missHaidiD replied at 22-4-2022 08:05 AM
Kisah halim iols tak follow sb dia biarkan ank berbinti abdullah kalau betollah tu bkn ank culcula ...

Yelaa iols cam kesian tgk muka anak dia bila dia kata nak biarkan je nama anak dia bin Abdullah tu dia kata anak dia pun ok sbb tak panjang sangat.
Dia ada sebut pasal nama tu ada luck bagai.
Iols percaya disudut hati anak dia nak sangat berbintikan nama ayah dia tu.
Rasanya takda la susah pun nak tukar takpun just buat pertambahan @ je Abdullah@abdul Halim.
Quote awekjepun 22-4-2022 08:35 AM
Suchi replied at 22-4-2022 08:11 AM
Yelaa iols cam kesian tgk muka anak dia bila dia kata nak biarkan je nama anak dia bin Abdullah tu ...

Betul.  Tambah kes dh viral, bawa bukti sijil nikah siam & cerai siam tu pergi jpn. Artis kot.. semua dh tau.  Kenapa xnak ubah.. klo kesian kat anak..ubah la.. lain la klo ada isu lain, xblh ubah.
Quote hayrin86 22-4-2022 08:54 AM
Seorang lagi artis berkahwin tanpa pengetahuan awam.. Tahniah..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.120217 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top