CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balasan Setimpal- Pencuri Mati Kemalangan Lepas tumbuk muka, Curi Kereta Orang Tua

21-4-2022 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1276| Komen: 1

Texas – Seorang lelaki menerima balasan setimpal apabila maut dalam kemalangan sejurus selepas mencuri sebuah kereta milik  seorang warga emas, lapor akhbar The Sun UK.


Suspek itu dilaporkan menumbuk mangsa,  Shirlene Hernandez, 72, ketika wanita itu berhenti di sebuah stesen minyak sebelum melarikan keretanya.

Tidak lama selepas kejadian itu, pihak polis menemui kereta Hernandez dalam keadaan remuk dengan pencuri tersebut kaku di tempat duduk pemandu.

Foto: The Sun UK

“Ramai yang berkata bahawa apa yang berlaku adalah lelaki itu mendapat balasan selepas melakukan kejahatan pada diri saya,  namun sejujurnya, saya sedih kerana dia mati dalam keadaan menyedihkan seperti itu.


“Kini saya perlu mencari jalan bagaimana hendak mendapatkan kereta baharu kerana saya tidak mahu berhenti bekerja,”kata Hernandez.

Penduduk tempatan dan cucu Hernandez, Helen Garcia telah mewujudkan halaman derma  awam atau crowdfunding di laman web  GoFundMe untuk membantu neneknya mengumpul dana bagi membeli kereta ganti.

Menjelang pagi semalam,  derma yang dikumpulkan telah melebihi AS$23,000 (RM98,325)  walaupun sasaran awal  cuma AS$5,000 (RM21,375). – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-4-2022 04:52 PM
omputih kata karma bij!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.026483 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top