CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengaku Cicit P Ramlee, Tunjuk Bukti Di Tiktok

21-4-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1759| Komen: 8

Puchong: "Saya bangga dilahirkan dalam keluarga ada darah seni dan mempunyai seorang moyang yang juga legenda seni tanah air," kata Abu Ghazi Gurnawan.

Abu Ghazi, 17, yang menetap di Taman Putra Perdana, Puchong menarik perhatian netizen selepas mendedahkan dirinya cicit Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee di TikTok miliknya.

Pendedahan dibuat bagi mengikut trend dedah (expose) diri seperti dilakukan ramai pengguna di platform berkenaan.

Foto: via Harian Metro

"Saya sudah lama ada akaun TikTok dan aktifkannya untuk melihat perkongsian orang lain saja di platform itu.


"Pada satu hari, saya muat naik video trend berkenaan dan tak sangka pula pengikut bertambah selepas saya buat pendedahan itu.

"Ada yang tidak percaya dan minta tunjukkan bukti. Disebabkan itu saya muat naik satu lagi video menunjukkan keratan akhbar lama memaparkan laporan berkaitan waris Allahyarham moyang saya yang di dalamnya gambar datuk saya iaitu Allahyarham Nasir P Ramlee," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anak bongsu daripada dua beradik itu berkata, perkongsiannya itu bukan bertujuan menarik perhatian sesiapa kerana sebelum ini hanya mereka yang rapat dengannya saja tahu mengenai hal itu.

Katanya, ia kerana Abu Ghazi mahu mengikut pesan bapanya, Gurnawan Nasir, 50, untuk tidak terlalu menghebohkan perihal itu kepada umum.

Bercerita lanjut, Abu Ghazi berkata, dia amat mengagumi bakat dan karya P Ramlee walaupun tidak sempat berjumpa moyangnya itu.

"Sejak kecil, seingat saya seawal umur lima tahun saya sudah menonton filem lakonan Allahyarham.

"Ketika itu, keluarga iaitu ayah dan ibu (Afiza Shariff) sudah beritahu yang Allahyarham adalah moyang saya.

"Antara lagu nyanyiannya yang menjadi kegemaran saya adalah Pok Pok Bujang Lapok dan Aci Aci Buka Pintu," katanya.

Abu Ghazi berkata, darah seni ternyata mengalir dalam dirinya yang juga meminati bidang muzik.

"Saya suka bermain gitar dan jika ada rezeki, saya mahu menyambung pengajian dalam Diploma Muzik selepas tamat persekolahan nanti.

"Tak kisah pun di mana asalkan kampus itu ada menawarkan jurusan muzik dan berharap impian itu tercapai," katanya yang pernah dibawa keluarganya berjumpa waris lain dan menziarahi pusara Allahyarham moyangnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 21-4-2022 12:49 PM
Brrapa kali la nk up cita ni weeyyyyyyyy
Quote DayangKirana 21-4-2022 01:58 PM
Katanya, ia kerana Abu Ghazi mahu mengikut pesan bapanya, Gurnawan Nasir, 50, untuk tidak terlalu menghebohkan perihal itu kepada umum.


then ko gatal bijik gi upload kat tiktok.. ironic kan??? hunger for fame kaa??
Quote rosedemon 21-4-2022 04:51 PM
gila glamzzz letteww
Quote nononcrux 22-4-2022 09:56 AM
DayangKirana replied at 21-4-2022 01:58 PM
then ko gatal bijik gi upload kat tiktok.. ironic kan??? hunger for fame kaa??

bijik teloq
Quote che-cikL 22-4-2022 10:11 AM
Dah berapa minggu punya cerita basi ni
Quote makton 22-4-2022 10:13 AM
klu ko cicit pramlee so netizen nak buat ape dgn kau?
ape keistimewaan nya?
Quote SedihPedih 22-4-2022 10:20 AM
so..kenapa kena ada liputan? heols reincarnation arwah ka?

hmm..bosan..nextt
Quote ezacbee 22-4-2022 12:14 PM
Bukan haritu dah ada benang ke? Bangga le dik, kami xkesah pun...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.031772 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top