CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usung Mayat Dan Wanita Nak Beranak Sejauh 7km Sebab Tak Ada Jalan Raya

21-4-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1273| Komen: 3

MAUWERE: Penduduk Kampung Wailamung di Talibura terpaksa mengusung keranda sejauh tujuh kilometer (km) disebabkan sikap lepas tangan pihak berkuasa tempatan yang tidak membina jalan di kawasan itu. 


Lapor Kompas.com, Ketua kampung itu, Markus Muksim berkata, insiden itu bukan perkara baharu di kampung ini kerana sudah berulang kali berlaku. 

Katanya, kejadian serupa pernah berlaku melibatkan seorang wanita yang ingin melahirkan anak. 


Foto: Agensi

Jelasnya, pihaknya juga sukar mendapatkan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa wanita mengandung itu ke fasiliti kesihatan. 


“Kami terpaksa bekerja keras mencari lori sampah bagi menyelamatkan orang ramai yang ingin melahirkan anak atau sakit. 

Sebelum ini, tular video menunjukkan penduduk kampung membawa keranda jenazah ke Kampung Klatang Kajowain yang terletak sejauh tujuh kilometer.

Jenazah itu asalnya dihantar menggunakan ambulans sebelum terjatuh ke dalam lubang.  

Markus berkata, pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada pihak PBT untuk membina jalan sejak 2018. 

“Tahun ini juga kita buat permohonan sekali lagi. Namun, Agensi Perancangan Pembangunan Wilayah memaklumkan cadangan itu tidak termasuk dalam sistem perancangan pihaknya,” katanya. 

Markus berharap Kerajaan Sikka dapat memberi keutamaan mengenai peruntukan perbelanjaan membina jalan di kawasan perkampungan.  -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-4-2022 04:51 PM
kesiannya lahai. kenapalah duk kat situ lagi, keluar merantau lah. gitchu ckp mmg sng
Quote batmana 21-4-2022 05:00 PM
Kt Papua..menteri tido ka
Quote Artemesiaa 21-4-2022 05:50 PM
Sama je dimana2 selepas pilihanraya semuanya krik krik krik keadaan masyarakat setempat tetap sama

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.032280 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top