CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Lama Plan Nak Buat YTC Sendiri", Erra Fazira Jadi Youtuber, Content Pun Best!

21-4-2022 10:01 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2680| Komen: 10|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Erra Fazira


Baru-baru ini, pelakon popular Erra Fazira akhirnya telah membuat YouTube channel sendiri yang diberi nama 'Keep In Touch With Erra Fazira'. Erra telah mengumumkan berita itu menerusi akaun Instagram miliknya. 


Menurut pelakon ini, sudah lama dia merancang untuk membuat channelnya sendiri namun terpaksa ditangguh kerana kekangan masa. Setelah lama menangguh, akhirnya kini dia dapat berjinak-jinak menjadi cotent creator pula. 

Sumber: Instagram Erra Fazira

Namun kata Erra, tidak mudah untuknya menjadi content creator kerana banyak perkara yang perlu dibuat selain 'shoot video'. Idea juga perlu bernas supaya orang menonton content kita. Hal ini menyebabkan Erra sangat mengagumi mereka yang sudah lama terlibat dalam bidang itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat Erra telah mengucapkan tahniah kepada primadona itu dan berkata mereka akan sentiasa menyokong apa yang dilakukan olehnya. 

Sumber: Instagram Erra Fazira

Kini YouTube Erra Fazira telah mendapat sebanyak 1100 subscriber baru. Mari kita sama-sama support Erra Fazira di Youtube! -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 21-4-2022 10:21 AM
lawa sungguh dia nie....

btw payung pun gempak limited kot
Quote Beribear 21-4-2022 02:33 PM
Cantik betul lah erra ni. Dulu ada satu rancangan masak dia kat astro selalu iolss tengok lagu rancangan tu pon guna lagu dia. Best dia jd host rancangan masak tu
Quote orkidorkido 21-4-2022 02:40 PM
Anak dia pun sporting, nice. Erra depan camera/media very pro.
Quote KucingBiru 21-4-2022 02:50 PM
Erra ni cantik, classy, fun. Dah tua tetap nampak gracious side tu, mmg aura ratu cantik tak hilang.
Quote SherryZass 21-4-2022 03:22 PM
Teringat dulu2 EF ni duta/model Avon, adore sangat tengok dia sebab cantik kat dalam katalog tu. Terutama hidung dia yg terletak cantik tu. Tapi rambut dia tebal&keras kejung, kalau berlakon selalu pakai wig. Dah berusia pun still cantik
Quote juruterra 21-4-2022 03:50 PM
kesian erra ni kenapa dia tak tangkap satu org kaya hidup senang lenang mcm ZR, UA, MF, TJ. x perlu buat content
Quote stania83 21-4-2022 05:07 PM
artis kahwin sbb cinta semua kecundang..artis kawen sbb duiat semua berkekalan
Quote Orix 21-4-2022 05:13 PM
SherryZass replied at 21-4-2022 03:22 PM
Teringat dulu2 EF ni duta/model Avon, adore sangat tengok dia sebab cantik kat dalam katalog tu. Ter ...

aah betul iols pun suka belek2 katalog avon dlu2 ms erra ni jd duta avon
Quote newyork 21-4-2022 05:15 PM
juruterra replied at 21-4-2022 03:50 PM
kesian erra ni kenapa dia tak tangkap satu org kaya hidup senang lenang mcm ZR, UA, MF, TJ. x perlu  ...

Hahah dulu kan hampir dgn faizal azumu tu.. pastu senyap jaa.
Quote KBW2 21-4-2022 05:50 PM
Tak dinafikan erra pajira ni pandai cakap, teratur jah cakap dia. Tak merapu. Tak control-control. Tak perlu tergulung tergeliat lidah tunjuk pandai.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.045725 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top