“Saya pernah duduk sendiri menangis dalam bilik disebabkan tekanan. Hati saya bagaikan sudah pecah disebabkan perkara yang berlaku."
Mengakui tertekan dengan kes cabul menyelubunginya, Da’i Syed membuat keputusan mewarnakan rambut untuk memulakan kehidupan baharu. “Menyimpan jambang dan mewarnakan rambut antara sebab untuk saya move on. Saya tukar personaliti dan karakter supaya tidak lagi melihat muka yang dahulu.
“Setiap hari saya berdoa dan lakukan lebih banyak amal kebajikan supaya Allah dapat membuang perasaan tekanan itu,” kata pemilik nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, kepada mStar. Enggan berdendam, Da’i Syed memilih untuk bersabar dan memaafkan semua yang mengecam dan bercakap buruk mengenainya. “Semua orang boleh bercakap tentang saya tetapi mereka tidak kenal saya secara peribadi. Jadi saya maafkan segala kecaman yang dilemparkan. “Saya juga memohon maaf kepada sesiapa yang mungkin tergores hati dengan apa yang telah berlaku,” ujarnya. Da’i Syed sebelum ini berdepan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu. Kes mahkamah berhubung pertuduhan itu masih berjalan sehingga kini. Ubah penampilan begitu banyak membantu ke dari segi psikologi? - CARI
|
JunkMail replied at 21-4-2022 05:50 AM
Kau yang rogol orang pastu kau yang stress.. sapa yang ternoda skrg ni?
ADVERTISEMENT