Penyanyi Nubhan membuat kejutan kepada ibunya, Badariah Omar, 77, dengan membawa menaiki helikopter mengelilingi pusat bandaraya Kuala Lumpur selama sejam, kelmarin.
Nubhan, 36, atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad berkata, antara tujuan lain adalah membawa ibunya juga dikenali sebagai Mak Jenny berjalan-jalan. "Saya saja nak bawa Mak Jenny naik helikopter dan bawa jalan sebab sudah lama tak bawa dia keluar. Lagi pula Mak Jenny pun baru sembuh dari jangkitan Covid-19.
"Jadi, saya lebih pada nak buat dia gembira. Selepas itu kami pergi buka puasa. Dalam masa sama, nak berikan satu pengalaman yang lain daripada lain. Saya juga bawa isteri bersama, dan dia pun terkejut kena naik helikopter juga," katanya kepada Harian Metro. Menurut Nubhan, kejutan itu adalah hadiah awal buat kejayaan perniagaan makanan ibunya, 'ready to eat' seperti sambal dan rendang.
|
makton replied at 21-4-2022 09:38 AM
sporting mak dia. malas melayan pun hujung2 ikut jugak kehendak nubhan tu. suruh buat ape pun mak je ...
haznor replied at 21-4-2022 09:44 AM
Berapa sewa sejam heli ni?
ADVERTISEMENT